sound
Blue Scheme
Red Scheme
Green Scheme
Orange Scheme
Bahasa : Melayu | English | Lain
 

Kandungan Jurnal

Syarat-Syarat Penyewaan Kemudahan dan Peralatan Majlis Daerah Sabak Bernam

    • Permohonan  untuk  menyewa  kemudahan  dan  peralatan  hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 14 hari lebih awal dari tarikh penggunaan.  Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
    • Permohonan penyewaan kemudahan dan peralatan hanya dibenarkan untuk kegunaan Rasmi oleh Jabatan Kerajaan, Agensi Kerajaan / Pesara Majlis adalah dibenarkan untuk kegunaan sendiri sahaja mengikut syarat khas yang ditetapkan oleh Majlis.
    • Permohonan penyewaan kemudahan dan peralatan untuk kegunaan persendirian tidak dibenarkan tetapi boleh dipertimbangkan dengan syarat tertentu oleh Majlis.
    • Pemohon yang menyewa kemudahan dan peralatan Majlis hendaklah menjelaskan bayaran sewaan selewat-lewatnya 7 hari seblum tarikh penggunaan dan Kegagalan menjelaskan bayaran boleh menyebabkan kelulusan terbatal dengan sendirinya.
    • Waktu penyewaan adalah ditetapkan mengikut jam dan kadar bayaran yang dinyatakan dalam kelulusan dan sebarang kelebihan masa penyewaan akan dikenakan bayaran tambahan.
    • Pemohon hendaklah memastikan keselamatan, kebersihan dan keselesaan kemudahan dan peralatan sebelum, semasa dan selepas penggunaan.
    • Pemohon dikehendaki menyusun  dan mengemas sendiri semua kemudahan dan peralatan sebelum dan selepas penggunaan. Penyusunan dan pengemasan oleh Pekerja Majlis akan dikenakan  bayaran tambahan.
    • Semua bangunan dan persekitarannya dalah kawasan  LARANGAN MEROKOK.



Halaman: 1  2  

 

 www.gov.my              www.ekl.gov.my              www.mscmalaysia.my              www.talentcorp.com.my              www.selangor.gov.my              www.mampu.gov.my              www.e-zakat.com.my/baru/              www.pcb.gov.my              www.mampu.gov.my/myid_info/index.htm              www.mysms.gov.my