Homestay Air Manis Homestay Air Manis

Homestay Air Manis

 

Homestay Air Manis adalah sebuah pakej homestay yang terdiri dari beberapa buah kampung yang terdapat di daerah ini di mana ia merangkumkan kesemua aset pelancongan yang ada di daerah ini untuk dijadikan pekej pelancongan yang ditawarkan.
Secara khususnya, ia adalah sebuah homestay yang mengambil nama dari Ladang Air Manis yang terletak di Kampung Batu 37 Darat, mukim Sabak.
Ia hanyalah sebuah organisasi atau lebih tepatnya, syarikat pelancongan yang menjadikan daerah ini sebagai destinasi pelancongan. Membawa para pelancong ke daerah ini untuk menikmati akan keunikan tradisi yang masih kekal sehingga kini.

Antara tempat-tempat yang dibawa adalah ke perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana yang tumbuh di daerah ini yang menghasilkan makanan tradisi masyarakat di daerah ini seperti perusahaan kerepek bawang di Sungai Apong, Mus Pau, salah satu perusahaan menghasilkan pau dan lain-lain perusahaan yang ada. Selain itu juga, mereka membawa para pelancong menikmati keindahan suasana kampung dengan melawati sawah-sawah padi, kebun kelapa dan kelapa sawit yang ada di daerah ini.