Kem Motivasi Pengkalan Tanjung
Kem Motivasi Pengkalan Tanjung ini terletak di Kampung Batu 4 Sepintas. Ia merupakan antara pelancongan hotel/ chalet yang terdapat di daerah ini. Pun begitu, aktiviti utamanya adalah sebagai kem motivasi yang menerima tempahan untuk aktivti itu. Ia mempunyai kemudahan surau, kantin, dewan seminar dan penginapan.
Penginapan di sini adalah berbentuk dorm yang dapat memuatkan lebih kuran 30 peserta. Pun begitu, ia juga mempunyai 3 buah chalet berkembar yang menempatkan 6 bilik chalet. Terletak di sebelah sungai membolehkan mereka yang menginap di sini menikmati keindahan alam dan suasana kampung yang permai.
Bagi mereka yang inginkan suasana kampung, di sini adalah antara tempat yang boleh dikunjungi. Kampung Batu 4 Sepintas merupakan antara kampung yang mempunyai lanskap yang cantik dan masih mengekalkan tradisi muafakat sesama penduduk.
Di kampung ini juga, terdapat satu kawasan rekreasi yang dinamakan Kawasan Rekreasi Pengkalan Tanjung di mana terdapat sebuah jeti memancing bagi mereka yang gemar kepada aktiviti memancing. Di kawasan ini juga terdapat padang permaian kanak-kanak, kedai-kedai dan lanskap yang menarik.