Pusat Jagaan Orang Harian Warga Tua
Objektif Objektif garis panduan ini adalah:-
|
Konsep Program Pusat Harian Jagaan Warga Tua bertujuan untuk memberi satu kemudahan penjagaan harian kepada warga tua terutama bagi mereka yang tinggal keseorangan semasa ketiadaan ahli keluarga atau penjaga yang keluarga bekerja.Dengan cara ini, warga tua dapat terus hidup dengan keluarga sendiri dan penjaga serta mendapat khidmat sokongan dalam jagaan warga tua yang lebih terjamin.Pelbagai aktiviti disediakan bagi membolehkan warga tua belajar berdikari, berinteraksi sesama mereka serta masyarakat tempatan, memperolehi pengetahuan dan kemahiran serta dapat terus menyumbang khidmat sukarela kepada masyarakat. Dalam menentukan kejayaan program ini, pertubuhan sukarela kebajikan merupakan satu jentera penggerak yang dapat memainkan peranan yang penting dan memberi sumbangan dalam meningkatkan keberkesanan.
|
Kumpulan Sasar Warga tua boleh diterima untuk mengikuti aktiviti dan program di Pusat Harian Jagaan Warga Tua adalah :-
|
Aktiviti Berbagai aktiviti boleh dirancangkan untuk mengisi masa warga tua di Pusat Harian Jagaan Warga Tua secara produktif dan yang dapat memberi manfaat kepada warga tua itu sendiri.Apa yang penting adalah aktiviti yang dirancangkan hendaklah memenuhi keperluan warga tua tempatan serta bersesuaian dengan keadaan dan persekitaran tempatan.Sebagai contoh, sekiranya penduduk kawasan /daerah Pusat Jagaan Warga Tua lebih kepada bangsa Melayu, maka aktiviti yang dirancangkan hendaklah bertepatan dan bersesuaian dengan kehendak dan keperluan warga tua Melayu. Pelbagai program dan aktiviti boleh dirancangkan untuk memenuhi keperluan warga tua semasa berada di PJHWT.Antaranya adalah : a. Rekreasi - Ruang membaca, kelas tari, menari / menyanyi , bermain alat muzik
|





