Pembangunan
Pembangunan
Kepada,
Pengerusi-pengerusi Taman dan
Semua Penduduk Taman di Sungai Besar, Sabak Bernam & Sekinchan.
GARIS PANDUAN KELULUSAN DALAM TEMPOH 24 JAM BAGI KERJA-KERJA KECIL BANGUNAN RUMAH TERES 2 TINGKAT, RUMAH TERES 1 TINGKAT, RUMAH BERKEMBAR DAN BERASINGAN
Memandangkan kini banyak kawasan perumahan yang telah dimajukan dan peningkatan bilangan permohonan bagi kerja-kerja ubahsuai/ tambahan yang diterima oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) maka garis panduan ini disediakan bagi menangani masalah tersebut disamping dapat memudahkan kerja-kerja pentadbiran MDSB.
Garis panduan yang digunapakai oleh MDSB bermula November 2007, adalah bertujuan MEMPERCEPATKAN KELULUSAN dan MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK kepada pelanggan-pelanggan dalam kawasan pentadbirannya sepertimana yang telah disarankan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Garis panduan ini memberikan ilustrasi atau gambaran keperluan-keperluan khusus bagi setiap KERJA-KERJA KECIL BANGUNAN yang dicadangkan oleh pemohon untuk dikemukakan kepada MDSB.
Tujuan lain adalah untuk:-
a) Memperolehi KELULUSAN bagi cadangan yang dikemukakan dalam tempoh 24 JAM.
b) MENYELARASKAN segala bentuk PEMBINAAN dalam kawasan MDSB.
c) Memudahkan PEMANTAUAN Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Sebelum mengemukakan permohonan, buku Garis Panduan beserta dokuman yang berkaitan boleh diperolehi di BAHAGIAN KAWALAN BANGUNAN, MDSB DENGAN BAYARAN RM 15.00
Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung di talian 03-32241655/ 1414/ 1000 sambungan 131 dalam waktu pejabat.
Disediakan oleh,
Noraini bt Ahmad@Md Yusof
Pen Peg Perhubungan Awam,
Majlis Daerah Sabak Bernam
TEL.: 32241655/ 1414/ 1000,
FAX : 32245399/ 2766,
TALIAN ADUAN 24 JAM : 3224 2121.
Laman web: http://www.mdsb.gov.my.
Aduan on-line: http://www.mdsb.starselangor.net
Email: aduan@mdsb.gov.my





