MENU
  1. Undang-Undang Kecil Penjaja (MDSB) 2007

    • UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti di bawah tafsiran penjaja dalam kawasan Majlis termasuk penjaja statik, penjaja beredar dan penjaja sementara.
    • Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini juga penentuan syarat bagi aktiviti dan lesen penjaja tersebut.
  2. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MDSB) 2007

    • UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan pemungutan, pembuangan dan pelupusan sampah sarap dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
    • Ia bertujuan untuk mengawal aktiviti pembuangan sampah sarap haram di tempat-tempat yang tidak dibenarkan di samping menjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.
  3. Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDSB) 2007

    • UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan pelesenan, tred perniagaan dan perindustrian dalam kawasan Majlis.
    • Ia bertujuan untuk menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini juga penentuan syarat bagi sesuatu aktiviti yang akan dilesenkan di bawah undang-undang kecil ini.
  4. Undang-Undang Kecil Iklan (MDSB) 2007

    • UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan iklan dan pemasangan iklan dalam kawasan Majlis.
    • Ia bagi memastikan iklan yang dipamerkan atau pemasangan iklan yang dibuat adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan di samping menjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.
  5. Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya (MDSB) 2007

    • UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan iklan pilihanraya dalam kawasan Majlis.
    • Ia bagi memastikan semua iklan pilihanraya yang dipamerkan adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan di samping menjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.
  6. Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MDSB) 2007

    • UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan kerja tanah dalam kawasan Majlis.
    • Ia bagi memastikan semua kerja tanah yang dilakukan mempunyai permit kerja, kelulusan dan tataamalannya dipatuhi di samping menjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.
  7. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MDSB) 2005

    • UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan pelesenan tempat letak kereta persendirian dalam kawasan Majlis.
    • Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil kepada penguasaha-pengusaha yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.
  8. Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MDSB) 2005

    • UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan tandas awam dalam kawasan Majlis.
    • Ia bagi memastikan tandas-tandas awam ini diselenggara dengan baik dan terjaga kebersihannya di samping menjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.
  9. Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MDSB) 2007

    • UUK ini digubal untuk mengawal segala aktiviti berkaitan pelesenan anjing dan rumah pembiakan anjing dalam kawasan Majlis.
    • Ia memperjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil kepada pengusaha atau pemilik anjing yang tidak mematuhi peraturan atau yang telah mewujudkan suatu kacau ganggu dan tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.
  10. Undang-Undang Kecil Taman (MDSB) 2005

    • UUK ini digubal untuk mengawal kawasan yang telah diisytiharkan sebagai suatu taman dalam kawasan Majlis.
    • Ia bagi memastikan taman ini sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan terjaga kebersihannya untuk keselesaan orang ramai di samping memperjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.
  11. Undang-Undang Kecil Vandalisme (MDSB) 2005

    • UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan vandalisme dalam kawasan Majlis.
    • Ia bagi memastikan semua harta Majlis sentiasa berada dalam keadaan baik dan terjaga kebersihannya di samping memperjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil kepada individu atau kumpulan yang didapati merosakkan harta Majlis termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.
  12. Undang-Undang Kecil Tanah Perkuburan Islam (MDSB) 2005

    • UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan tanah perkuburan Islam dalam kawasan Majlis.
    • Ia bagi memastikan pengebumian di tanah-tanah perkuburan ini diuruskan mengikut peraturan yang telah ditetapkan di bawah undang-undang kecil ini.
  13. Undang-Undang Kecil Pasar (MDSB) 2007

    • UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan pasar dalam kawasan Majlis termasuk pasar awam dan pasar persendirian.
    • Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.
  14. Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MDSB) 2007

    • UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan establisymen makanan dalam kawasan Majlis.
    • Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan dibawah undang-undang kecil ini.
  15. Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan (MDSB) 2007

    • UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan pengendali makanan dalam kawasan Majlis.
    • Ia bagi memastikan makanan yang dijual kepada orang ramai dikendalikan dalam keadaan bersih dan mengikut peraturan-peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan di samping memperjelaskan tentang tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.
  16. Undang-Undang Kecil Hotel (MDSB) 2007

    • UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan hotel dalam kawasan Majlis.
    • Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.
  17. Undang-Undang Kecil Kolam Renang (MDSB) 2007

    • UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan kolam renang dalam kawasan Majlis termasuk kolam renang awam dan kolam renang persendirian.
    • Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.
  18. Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (MDSB) 2007

    • UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan pusat kecantikan dan penjagaan kesihatan dalam kawasan Majlis.
    • Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.
  19. Undang-Undang Kecil Pusat Sukan Persendirian (MDSB) 2007

    • UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan pusat sukan persendirian dalam kawasan Majlis.
    • Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.
  20. Undang-Undang Kecil Siber dan Kafe Siber (MDSB) 2007

    • UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan pusat siber dan kafe siber dalam kawasan Majlis.
    • Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan, fi yang dikenakan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.
  21. Undang-Undang Kecil Krematorium (MDSB) 2007

    • UUK ini digubal untuk mengawal, menyelenggara dan menyelia aktiviti tanah perkuburan bagi orang bukan Islam dalam kawasan Majlis.
    • Ia menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis dari sudut pelesenan dan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang kecil ini.
  22. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) (MDSB) Jalan Parit & Bangunan 2005

    • UUK ini digubal untuk memperincikan kesalahan yang boleh dikompaun dan had jumlah bayaran kompaun termasuk tatacara pembayaran kompaun tersebut bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
  23. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan) (MDSB) Kerajaan Tempatan 2005

    • UUK ini digubal untuk memperincikan kesalahan yang boleh dikompaun dan had jumlah bayaran kompaun termasuk tatacara pembayaran kompaun tersebut bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  24. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam Selangor 1986

    • UUK ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan kerja-kerja pembangunan dan pembinaan bangunan dalam kawasan Majlis.
    • Ia memperincikan secara khusus struktur pembinaan sesuatu binaan bagi memastikan bangunan yang dibina menepati garis panduan dan standard piawaian yang telah ditetapkan.
Kemaskini Terakhir: Wednesday, 4 December 2019 - 12:40pm