Piagam Pelanggan
PIAGAM PELANGGAN
Jabatan Perbendaharaan Kewangan
PIAGAM NO.08
PERKARA
Penerimaan bil-bil dayaran
BAHAGIAN/UNIT
Kaunter Hasil
PELANGGAN
Semua pembayar cukai dan lesen serta lain-lain perkhidmatan
PIAGAM
Kami akan memastikan anda dapat menjelaskan bil bayaran di kaunter hasil Majlis dalam tempoh tidak lebih dari 15 minit selepas anda berada di barisan hadapan pembayar.
HAK PELANGGAN
Jika anda tidak dapat layanan yang memuaskan anda berhak mengadu kelemahan bahagian kaunter hasil kepada pengurusan Majlis
PIAGAM NO.14
PERKARA
Pembayaran bil dan tuntutan kerja
BAHAGIAN/UNIT
Kewangan
PELANGGAN
Pembekal dan pemborong perkhidmatan Majlis
PIAGAM
Kami akan memastikan bahawa semua bil tuntutan bayaran kerja dan perkhidmatan Majlis akan dijelaskan dalam tempoh satu bulan dari tarikh kerja diakui sempurna oleh pejabat yang berkenaan
HAK PELANGGAN
Jika anda tidak mendapat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan anda boleh membuat tuntutan kepada Setiausaha atau Yang DiPertua.
PIAGAM NO.15
PERKARA
Pembayaran tuntutan perbatuan dan kerja lebih masa
BAHAGIAN/UNIT
Kewangan
PELANGGAN
Semua kakitangan Majlis
PIAGAM
Kami akan memastikan bahawa tuntutan kerja lebih masa dan elaun perbatuan dan lain-lain elaun akan dijelaskan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh tuntutan diterima oleh Bahagian Kewangan Majlis
HAK PELANGGAN
Kakitangan berhak membuat aduan kepada Yang DiPertua jika urusan pembayaran tuntutan tersebut melewati tempoh yang ditetapkan.
PIAGAM NO.19
PERKARA
Permohonan maklumat dan maklumbalas daripada pentadbiran Majlis.
BAHAGIAN/UNIT
Semua bahagian
PELANGGAN
Jabatan-jabatan yang berurusan dengan Majlis
PIAGAM
Semua surat-surat dan maklumbalas yang anda minta dari kami akan kami jawab dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh surat anda kami terima.
HAK PELANGGAN
Kegagalan Majlis memberikan jawapan atau maklumbalas yang diminta dalam tempoh masa yang ditetapkan membolehkan anda membuat aduan kepada Yang DiPertua atau Setiausaha Majlis.





