sound
Blue Scheme
Red Scheme
Green Scheme
Orange Scheme
Bahasa : Melayu | English | Lain
 

Kandungan Jurnal

Perutusan YDP Latarbelakang YDP

Perutusan YDP

TUAN ZAILANI BIN KADIR - Pertama sekali marilah kita memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT keran atas limpah kurnia dan izinNya untuk kita meneruskan usaha dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab mengurus dan mentadbir MDSB kearah kemajuan dan pembangunan yang lebih cemerlang serta perkhidmatan dan layanan yang lebih baik kepada pelanggan.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke laman sesawang MDSB ini. Semoga laman ini dapat membantu memberikan informasi yang bermanfaat dan berguna berkaitan dengan pengurusan dan perkhidmatan MDSB khususnya dan Daerah Sabak Bernam amnya.

Saya yang baru menerajui MDSB, bermula 15 Julai 2010, merasakan bahawa tugas untuk membawa MDSB ke arah lebih cemerlang adalah satu tugas yang penuh cabaran. Namun saya yakin dan percaya melalui kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh Ahli-ahli Majlis dan seluruh warga kerja MDSB, setiap pencapaian, anugerah dan sumber pendapatan akan terus dipertingkatkan. Saya juga berharap agar semua warga kerja MDSB sentiasa mengamalkan prinsip kerja berpasukan, bekerja dalam suasana yang ceria di samping berfikiran positif, kreatif dan inovatif untuk merancang dan melaksanakan sesuatu yang baru bagi meningkatkan kecemerlangan dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Walaupun MDSB adalah PBT yang kecil berbanding PBT lain namun, kita masih boleh berbangga dengan beberapa anugerah besr yang dicapai seperti pengiktirafan MS ISO 9001:2008 dan anugerah sijil bersih 9 tahun berturut-turut. Kini, MDSB juga ke arah mendapatkan anugerah Amalan 5 S sebagai tujuan bekerja dalam suasana tersusun, bersih dan kemas.

Akhir kata, saya mengharapkan sokongan daripada semua pihak dan bersedia untuk mendengar pandangan dan kritikan yang positif daripada orang ramai demi untuk melihat MDSB ini akan sentiasa Bersih, Indah dan Aman selaras dengan moto MDSB ”BERIMAN DAN BUDIMAN”.

Sekian, terima kasih.

 

 www.gov.my              www.ekl.gov.my              www.mscmalaysia.my              www.talentcorp.com.my              www.selangor.gov.my              www.mampu.gov.my              www.e-zakat.com.my/baru/              www.pcb.gov.my              www.mampu.gov.my/myid_info/index.htm              www.mysms.gov.my