LAPORAN PRESTASI PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN 2010 LAPORAN PRESTASI PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN 2010

LAPORAN PRESTASI PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN
MENGIKUT JABATAN MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM
BAGI TEMPOH JANUARI HINGGA DISEMBER 2010

1.    Jabatan Perbendaharaan Kewangan:


No    
Piagam Prestasi Pencapaian
Piagam Pelanggan (%)
Piagam No0.8:
Penerimaan bil-bil bayaran
Kami akan memastikan anda dapat menjelaskan bil bayaran di kaunter hasil Majlis dalam tempoh tidak lebih dari 15 minit selepas anda berada di barisan hadapan pembayar.  100%
Piagam No 0.14:
Pembayaran bil dan tuntutan kerja
Kami akan memastikan bahawa semua bil tuntutan bayaran kerja dan perkhidmatan Majlis akan dijelaskan dalam tempoh satu bulan dari tarikh kerja diakui sempurna oleh pejabat yang berkenaan  100%
Piagam No 0.15:
Pembayaran tuntutan perbatuan dan kerja lebih masa
Kami akan memastikan bahawa tuntutan kerja lebih masa dan elaun perbatuan dan lain-lain elaun akan dijelaskan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh tuntutan diterima oleh Bahagian Kewangan Majlis  
100%
Piagam No 0.19:
Permohonan maklumat dan maklumbalas daripada pentadbiran Majlis
Semua surat-surat dan maklumbalas yang anda minta dari kami akan kami jawab dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh surat anda kami terima.     100%

 

2.    Jabatan Perancang Bandar & Landskap:


No    
Piagam Prestasi Pencapaian
Piagam Pelanggan (%)
Piagam No 0.1:
Ulasan-ulasan permohonan perancangan pelan susunatur, tukar syarat tanah, pecah sempadan, percantuman tanah, pemberimilikan tanah
Pelanggan akan menerima ulasan permohonan dalam masa 30 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.  100%

Piagam No 0.2:
Memproses permohonan kelulusan nama taman, nama bangunan dan pelan alamat
(nama jalan dan nombor bangunan)
Pelanggan akan menerima kelulusan permohonan dalam tempoh 45 hari dari tarikh penerimaan
Permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
 95%

Piagam No 0.3:
Membuat ulasan permohonan kelulusan kebenaran merancang, membuat perubahan matan kegunaan, bangunan dan tanah
Pelanggan akan menerima ulasan permohonan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.    90%
Piagam No 0.4:
Membuat ulasan memproses permohonan kelulusan perlanjutan tambahan kebenaran merancang
Pelanggan akan menerima ulasan permohonan dalam masa 2 minggu dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.   
100%
Piagam No 0.5:
Mengeluarkan ulasan pelan bangunan
Pelanggan akan menerima kelulusan permohonan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan
Permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
82%
Piagam No 0.6:
Mengeluarkan ulasan sokongan pemeriksaan tapak Sijil Layak Menduduki
Pelanggan akan menerima ulasan permohonan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pemeriksaan tapak sekiranya mematuhi keperluan perancangan dan Landskap. 90%
Piagam No 0.7:
Kelulusan pelan-pelan landskap
Kelulusan pelan landskap akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 100%
Piagam No 0.8:
Menjamin untuk menyediakan kemudahan rekreasi di semua kawasan lapang disamping semua kawasan Majlis akan diindahkan dan dihijaukan
MDSB akan memastikan semua kemudahan rekreasi dan kawasan lapang diindahkan dan dihijaukan. 96%

Halaman: 1  2  3  4