MENU

Lagu Negaraku

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup bersatu dan maju,
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan,
Raja kita selamat bertakhta,
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan.
Raja kita selamat bertakhta

 

Lagu Negeri Selangor

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu
Bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

 

Lagu Selangor Bergerak Maju

Terbentang Indah Banjaran Gagah
Negeri Makmur Tanahnya Subur
Rakyat Berpadu Aman Sentosa
Selangor Negeri Tercinta

Para Petani Seluruh Negeri
Berpadu Tenaga Mencurah Bakti
Pada Negeri dan Juga Bangsa
Di Bawah Payung Baginda

Maju-Maju Arah Dituju
Kerja Kuat Penuh Semangat
Gagah Berdiri Penuh Berdikari
Matlamat Yang Sungguh Murni

Maju Bangsa Maju Negara
Padu Erat Rakan dan Taulan
Gagah Perkasa Di Mata Dunia
Negeri Selangor Darul Ehsan

 

Lagu Perkhidmatan Awam

Kita Memegang Amanah Bangsa
Kita Juga Telah Berikrar
Taat setia Korban Tenaga
Bela Bangsa Dan Negara

Etika Kerja Kita Amalkan
Tekun Jujur Dan Berbudaya
Gandakan Hasil Dan Pembangunan
Berkhidmat Bakti Berjasa

Agama Asas Pegangan
Perlembagan Negara Dijulang
Rukunegara Jadi Pedoman
Kitalah Benteng Malaysia

Kemaskini Terakhir: Khamis, 23 March 2017 - 3:51pm