MENU

 

Bermula tahun baru 2017, Negeri Selangor  akan bebas beg plastik dan polisterina sepanjang minggu. Kerajaan Selangor telah memutuskan bahawa semua peruncit tidak akan membekalkan beg plastik secara percuma serta melarang penggunaan polisterina bermula 2017. Jika pengguna masih perlukan beg plastik, caj minima akan dikenakan oleh peruncit.

 

Adalah dimaklumkan bahawa, Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan mulai 1 Januari 2017. Penguatkuasaan ini akan diadakan setiap hari di semua premis perniagaan di seluruh Negeri Selangor.

 

Pelaksanaannya adalah seperti berikut:

  • Beg plastik pakai buang (disposable/single use) tidak akan dibekalkan kepada pengguna secara percuma.
  • Bayaran akan dikenakan bagi setiap beg plastik yang ingin digunakan oleh pengguna.
  • Penggunaan bekas makanan dan peralatan daripadapolistirena akan dihentikan.

 

Pengecualiaan pengunaan plastik tertakhluk kepada :

  • Makanan dan tumbuh-tumbuhan
  1. Makanan yang mentah
  2. Ikan, lembu, ayam, khinzir dan produk-produk daging
  3. Makanan untuk haiwan atau kegunaan manusia-gula-gula pallet, pallet makanan haiwan atau makanan dalam bekas yang tidak cukup selamat untuk mengelakkan kebocoran semasa pengendalian.
  4. Biji benih yang tidak dibungkus
  5. Bunga
  6. Sayuran diselaputi tanah-kentang, akar, halia
  • Produk
  1. Ubat-ubatan
  2. Bahan racun yang bahaya
  • Ikan hidup dan hidupan akuatik
  1. Ikan hidup atau makhluk akuatik yang lain

SILA RUJUK http://bebasplastik.my/# UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Kemaskini Terakhir: Selasa, 22 Ogos 2017 - 7:01pm