MENU

KENYATAAN SEBUT HARGA

Tawaran ini adalah dipelawa kepada Jurunilai yang berkelayakan serta berdaftar Lembaga Penilai dan Penaksir Malaysia dan Kementerian Kewangan bagi melaksanakan kerja-kerja seperti berikut :

1.SH2016/44/ MDSB /5/2/2016

KERJA-KERJA PENILAIAN UNTUK MENENTUKAN NILAI TAHUNAN BAGI MAKSUD KADARAN KE ATAS FASILITI PAIP GAS PETRONAS DALAM KAWASAN

MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Pengkhususan : JURUNILAI YANG BERKELAYAKAN SERTA BERDAFTAR LEMBAGA PENILAI DAN PENAKSIR MALAYSIA DAN KEMENTERIAN KEWANGAN

SYARAT- SYARAT

1. Jurunilai yang berkelayakan serta berdaftar Lembaga Penilai dan Penaksir Malaysia dan Kementerian Kewangan

2. Semasa pembelian dokumen sebutharga, sila bawa bersama-sama perkara berikut.

     2.1 Dokumen ASAL Sijil Lembaga Penilai dan Penaksir Malaysia dan Kementerian Kewangan serta Sijil SSM

     2.2 Cop Syarikat (semasa pembelian dokumen sahaja)

     2.3 Bayaran pembelian RM53.00 (termasuk GST 6%) serta tidak akan dikembalikan.

3. Penilai DIKEHENDAKI menghantar Dokumen Sebutharga bersama-sama salinan Sijil Lembaga Penilai dan Penaksir Malaysia dan Kementerian Kewangan , Salinan Sijil SSM dan dokumen-dokumen lain seperti yang disyaratkan dalam borang.

4. Borang sebutharga boleh dibeli pada waktu pejabat yang ditetapkan di Jabatan Penilaian, Majlis Daerah Sabak Bernam mulai 9 Mac 2016 hingga 15 Mac 2016. Waktu Penjualan Borang : Isnin - Khamis ( Pagi) 8.30 pagi hingga 12.30 petang (petang) 2.00 petang hingga 3.30 petang : Jumaat ( pagi) 8.30 pagi hingga 11.30 pagi (petang ) 2.45 petang hingga 3.15 petang

5. Dokumen atau borang tawaran sebutharga hendaklah diisikan dengan lengkap dan dimasukkan ke dalam sampul surat dan ditulis nombor sebutharga disebelah kiri sampul surat tersebut dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di pejabat Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam sebelum jam 12.00 tengahari pada 15hb Mac 2016 (Selasa).

6. Majlis Daerah Sabak Bernam tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran sebutharga. Pihak kontraktor yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 90 hari dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

YANG DIPERTUA, MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM.

“SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001 : 2008” ‘BERDAYA, BERBAKTI, BERKUALITI’

Kemaskini Terakhir: Khamis, 24 September 2020 - 5:23pm