MENU

Bahagian Penyelenggaraan Infrastruktur kini dalam usaha untuk membaik pulih serta menaiktaraf tandas awam milik Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).Sebanyak 53 buah tandas awam di bawah selenggaraan MDSB termasuk tandas yang bergabung dengan premis lain seperti dalam bangunan dewan dan stadium. Bahagian Penyelenggaraan Infrastruktur MDSB sedang rancak untuk memastikan tandas awam milik MDSB sentiasa dalam keadaan yang selamat dan selesa digunakan oleh orang awam. 

Oleh yang demikian, sebagai usaha pihak MDSB untuk mengutamakan keselesaan pengguna tandas awam, bahagian ini telah meletakkan salah satu fokus utama sebagai Perancangan Kerja bagi tahun 2013 dengan melakukan usaha membaik pulih/menaik taraf tandas-tandas awam di bawah selenggaraan MDSB iaitu 1 bulan = 1 tandas awam dibaikpulih/dinaik taraf. Bahagian ini telah memberikan tanggungjawab kepada Unit Penyelenggaraan dengan melakukan pemantauan ke beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai bagi tujuan untuk menyelenggara seterusnya menaiktaraf tandas-tandas tersebut mengikut keperluan.  Kerja-kerja menaiktaraf tandas awam melibatkan kerja mengecat semula bangunan tandas, pendawaian elektrikal, penggantian perkakasan dalam tandas dan sebagainya. 

Terdapat empat (4) buah tandas yang telah dinaiktaraf iaitu, Tandas Awam Jalan Persekutuan Sungai Besar, Tandas Awam Hentian Bas Pekan Sabak Bernam, Tandas Awam Pekan Pasir Panjang dan Tandas Awam Hentian Teksi Sekinchan.

Kemaskini Terakhir: Rabu, 13 January 2021 - 1:53pm