MENU

Untuk makluman, semua pelesen/ pengusaha premis makan/ restoran di syaratkan alat penapis sisa makanan pepejal dan minyak grease trap’ di premis perniagaan masing- masing sebagai syarat kelulusan lesen dan pembaharuan lesen Tahun 2013

Tujuan pemasangan ‘ grease trap’ untuk mengawal pembuangan sisa makanan dan minyak terus ke longkang dan dapat mengelakkan masalah longkang tersumbat. Bersama surat ini dilampirkan senarai penyedia ‘ grease trap’ untuk rujukan dan tuan/ puan diberi tempoh 2 bulan bermula dari tarikh surat ini dikeluarkan sehingga 31 Julai 2013.

Mana- mana premis makanan yang gagal untuk mematuhi arahan, boleh dikenakan tindakan Undang- undang di bawah 19(a) Undang- undang Kecil Establisymen Makanan ( Majlis Daerah Sabak Bernam) 2007 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan boleh dikenakan denda maksimum tidak melebihi RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia : satu ribu sahaja)

Kemaskini Terakhir: Rabu, 13 January 2021 - 1:53pm