MENU

MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM
45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL: 03-32241655/1414/1000 FAX: 03-32242766/5399
Website : http ://www.mdsb.gov.my

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Warga Daerah Sabak Bernam / Selangor serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam.

1. AKAUNTAN, GRED W41

a) KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEWANGAN
b) KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
c) TARAF JAWATAN : TETAP
d) NO. FAIL : MDSB 1/14/16

JADUAL GAJI

GRED W41 : Minimum – RM1,925.00
Maksimum – RM8,685.00
i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 300.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
iii) Bantuan Sara Hidup : RM 150.00 (mengikut kadar semasa)

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) (i) Pemohon Lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan

(iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri
(Nota : Merujuk MMKN Ke 38 Tahun 2015 pada 30/12/2015)

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU

(Gaji permulaan ialah pada RM2,651.00)
(ii) Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; ATAU

(Gaji permulaan ialah pada RM2,651.00)

(iii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Iktisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan; ATAU

(Gaji permulaan ialah pada RM2,755.00)

(iv) Ahli Penuh Institusi Akauntan Malaysia

(Gaji permulaan ialah pada RM2,859.00)

dan (d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR, GRED N27

a) KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
b) KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
c) TARAF JAWATAN : TETAP
d) NO. FAIL : MDSB 1/15/16

JADUAL GAJI

GRED N27 : Minimum – RM1,362.00
Maksimum – RM5,092.00
i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 160.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
iii) Bantuan Sara Hidup : RM 150.00 (mengikut kadar semasa)

(a) (i) Pemohon Lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan

(iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri
(Nota : Merujuk MMKN Ke 38 Tahun 2015 pada 30/12/2015)

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU

(Gaji permulaan ialah pada RM1,362.00)
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU

(Gaji permulaan ialah pada RM1,362.00)

(iii) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU

(Gaji permulaan ialah pada RM1,662.00)

(iv) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU

(Gaji permulaan ialah pada RM1,737.00)

dan (d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

3. PENOLONG AKAUNTAN, GRED W27

a) KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEWANGAN
b) KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
c) TARAF JAWATAN : TETAP
d) NO. FAIL : MDSB 1/16/16

JADUAL GAJI

GRED W27 : Minimum – RM1,367.00
Maksimum – RM5,098.00

i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 160.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
iii) Bantuan Sara Hidup : RM 150.00 (mengikut kadar semasa)

(a) (i) Pemohon Lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan

(iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri
(Nota : Merujuk MMKN Ke 38 Tahun 2015 pada 30/12/2015)

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c) (i) Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU

(Gaji permulaan ialah pada RM1,667.00)
(ii) Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United kindom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada RM1,893.00)

(iii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA, GRED N27 (LELAKI SAHAJA)

a) KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
b) KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
c) TARAF JAWATAN : TETAP
d) NO. FAIL : MDSB 1/17/16

JADUAL GAJI

GRED N27 : Minimum – RM1,362.00
Maksimum – RM5,092.00

.

i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 160.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
iii) Bantuan Sara Hidup : RM 150.00 (mengikut kadar semasa)
iv) Insentif Penguatkuasa : RM 300.00

(a) (i) Pemohon Lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan

(iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri
(Nota : Merujuk MMKN Ke 38 Tahun 2015 pada 30/12/2015)

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU

(Gaji permulaan ialah pada RM1,362.00)
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU

(Gaji permulaan ialah pada RM1,362.00)

(iii) Bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik; ATAU

(Gaji permulaan ialah pada RM1,362.00)

(iv) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada RM1,662.00)

(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki tanpa sepatu
(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki
(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm
(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vii) Diperiksa dan perakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar

dan (e) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (c) (i) dan (ii) di atas hendaklah kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

5. PEMBANTU PENGUATKUASA, GRED N17 (LELAKI SAHAJA)

a) KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
b) KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
c) TARAF JAWATAN : TETAP
d) NO. FAIL : MDSB 1/18/16

JADUAL GAJI

GRED N17 : Minimum – RM928.00
Maksimum – RM3,375.00

i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 115.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
iii) Bantuan Sara Hidup : RM 150.00 (mengikut kadar semasa)
iv) Insantif Penguatkuasa : RM 300.00

(a) (i) Pemohon Lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan

(iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri
(Nota : Merujuk MMKN Ke 38 Tahun 2015 pada 30/12/2015)

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU

(Gaji permulaan ialah pada RM928.00)
(ii) Bekas Anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan

(Gaji permulaan ialah pada RM928.00)

(d) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki tanpa sepatu
(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki
(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm
(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vii) Diperiksa dan perakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar

dan (e) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (c) (i) dan (ii) di atas hendaklah kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

6. PEMBANTU AKAUNTAN, GRED W17

a) KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEWANGAN
b) KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
c) TARAF JAWATAN : TETAP
d) NO. FAIL : MDSB 1/19/16

JADUAL GAJI

GRED W17 : Minimum – RM929.00
Maksimum – RM3,377.00

i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 115.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
iii) Bantuan Sara Hidup : RM 150.00 (mengikut kadar semasa)

(a) (i) Pemohon Lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan

(iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri
(Nota : Merujuk MMKN Ke 38 Tahun 2015 pada 30/12/2015)

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; ATAU
( Gaji permulaan ialah pada: RM929.00)

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
( Gaji permulaan ialah pada: RM985.00)

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
( Gaji permulaan ialah pada: RM1,154.00)

(iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
( Gaji permulaan ialah pada: RM1,380.00 )

dan (d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

7. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN), GRED W17

a) KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEWANGAN
b) KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
c) TARAF JAWATAN : TETAP
d) NO. FAIL : MDSB 1/20/16

JADUAL GAJI

GRED W17 : Minimum – RM929.00
Maksimum – RM3,377.00

i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 115.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
iii) Bantuan Sara Hidup : RM 150.00 (mengikut kadar semasa)

(a) (i) Pemohon Lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan

(iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah dikemuka

kan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada tanggungjawab pemohon sendiri
(Nota : Merujuk MMKN Ke 38 Tahun 2015 pada 30/12/2015)

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; ATAU

( Gaji permulaan ialah pada: RM929.00)

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU

( Gaji permulaan ialah pada: RM985.00)

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU

( Gaji permulaan ialah pada: RM1,154.00)

(iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

( Gaji permulaan ialah pada: RM1,380.00)

dan (d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON :

a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDSB dengan bayaran RM2.00 bagi setiap borang yang boleh didapati dari Jabatan Khidmat Pengurusan, atau boleh dimuat turun menerusi laman Web Majlis Daerah Sabak Bernam di alamat www.mdsb.gov.my.

b) Borang- borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan:-

i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
ii) Salinan Sijil- Sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah Menengah, kelulusan akedemik (termasuk ijazah, Diploma – jika berkenaan)
iii) Transkip keputusan peperiksaan semua semester
iv) Sekeping gambar berukuran pasport (Warna).
v) Setiap permohonan mesti di masukan kedalam sampul surat serta nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan hendaklah diserta bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

d) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.

Tarikh diiklankan pada 01 Mac 2016 (Selasa)

Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 Mac 2016 (Isnin Jam 4.00 Petang)

e) PERMOHONAN YANG BERIKUT AKAN DITOLAK :-

i) Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan
ii) Tidak lengkap dan tidak terang
iii) Tidak memenuhi syarat – syarat kelayakan
iv) Tidak ditandatangani
v) Diterima selepas tarikh tutup iklan.

f) Satu borang hanya untuk satu jawatan sahaja

g) Hanya calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.

h) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

i) CATATAN AM:

Permohonan pengisian jawatan yang tidak menepati dasar perlantikan Anak Negeri Selangor adalah ditolak kecuali dalam keadaan di mana tidak ada calon yang layak dari Negeri Selangor.

Closing Date: 
Isnin, 14 March 2016
Kemaskini Terakhir: Selasa, 22 Ogos 2017 - 7:01pm