MENU

Soalan Lazim

  1. Apakah itu Cukai Taksiran Am?
    • Cukai Taksiran Am atau Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar yang terletak di dalam Kawasan Operasi Majlis Bandaraya Petaling Jaya seperti:-

      • Bangunan Kediaman (Pangsapuri, Rumah Pangsa, Rumah Teres, Rumah Sesebuah, banglo dan lain-lain)
      • Bangunan Perniagaan/Perdagangan (Kedai, Rumah Kedai, Kedai Pejabat, Kompleks Perniagaan, Hotel dan lain-lain)
      • Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang
      • Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo, Pencawang dan lain-lain)
         
  1. Apakah perbezaan antara Majlis Daerah/Majlis Perbandaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?
    • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:
    • Majlis/Dewan Bandaraya
    • Majlis Perbandaran
    • Majlis Daerah Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo, Pencawang dan lain-lain)

Majlis/Dewan Bandaraya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.

Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM5 juta.

Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 5 juta.

  1. Berapakah bilangan PBT yang terdapat di Malaysia sekarang?
    145 buah PBT (termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), iaitu Majlis Perbandaran (MP) 31 buah; Majlis Daerah (MD) 114 buah. Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT seperti: PBT Kulim Hi-Tech, PBT Pasir Gudang, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya.
     
  1. Adakah kesemua PBT di Malaysia terletak di bawah bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?
    Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas KPKT adalah untuk menyelaras PBT-PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.
     
  1. Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu/masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT?
    Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada PBT yang berkenaan ataupun kepada KPKT.
     
  1. Jika pihak yang dipertanggungjawabkan tidak melaksanakan kerja-kerja pembersihan sampah, apakan tindakan yang boleh diambil oleh penguna atau orang ramai?
    Pihak Penguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin
     
  1. Apakah warna tong kitar semula?
    Warna tong kitar semula adalah seperti berikut :
    Warna Biru - Untuk kertas
    Warna Jungga - Untuk tin aluminium, tin keluli dan plastic
    Warna Coklat - Untuk kaca
     
  1. Bilakah tarikh sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan?
    Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan disambut pada 11 November setiap tahun.

 

Jika maklumat ini tidak mencukupi, sila hubungi ;
Nama : Noraini Binti Ahmad @ Md Yusof
Bahagian/unit : Unit Aduan, Perhubungan Awam & Korporat
No. Telefon : 03-3224 1644 ext 121
Email : noraini [at] mdsb [dot] gov [dot] my

Kemaskini Terakhir: Selasa, 17 October 2017 - 5:36pm