Pantai Batu 23 Sg. Nibong
Ia terletak di utara mukim ini di mana berada 125 kilometer dari Kuala Lumpur. Banyak kemudahan yang telah dibangunkan oleh pihak berkuasa tempatan iaitu MDSB di mana satu dataran telah dibina di kawasan pantai ini. Pada asalnya, ia hanyalah satu kawasan medan selera yang menyajikan masakan masyarakat Melayu berketurunan Jawa dan Banjar. Kemudian, sebuah restoran ala restoran terapung didirikan mengadap laut. Ia dinamakan dengan nama Samudera D’Nelayan. Setelah itu, chalet didirikan bagi kemudahan kepada pengunjung yang datang dari jauh dan tiada tempat menginap. Dan setelah itu, ia ditambah baik dengan dibina dataran, dan kemudahan surau serta diperindahkan lagi dengan lanskap yang menarik.