sound
Blue Scheme
Red Scheme
Green Scheme
Orange Scheme
Bahasa : Melayu | English | Lain
 

Kandungan Jurnal

Logo

Jata Negeri Selangor.
Jata ini terdapat di bahagian paling atas logo MDSB. Ia menunjukkan bahawa MDSB dan Daerah Sabak Bernam ini terletak di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan. Maka secara tidak langsung segala perancangan, aktiviti pembangunan mahupun apa-apa sahaja program yang dilakukan adalah tertakluk dan perlu mematuhi dasar-dasar serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Tangkai dan Buah Padi.
Lambang ini didapati mengelilingi logo MDSB. Ia menunjukkan bahawa Daerah Sabak Bernam ini mempunyai gunatanah pertanian dari jenis sawah padi sebagai gunatanah yang paling utama di daerah ini. Ia juga melambangkan bahawa aktiviti pertanian sawah padi juga merupakan sumber ekonomi utama bagi penduduk serta seluruh daerah ini.

Lambang Roda.
Ia menunjukkan MDSB yang mengambilkira unsur perubahan teknologi dengan sebaiknya dalam merancang dan menjana pembangunan bagi seluruh Derah Sabak Bernam. Selain itu ia juga menunjukkan Daerah Sabak Bernam yang menjadi sebuah daerah perkhidmatan untuk penduduknya.

Lambang Kilang.
Ia menunjukkan bahawa walaupun aktiviti pertanian merupakan aktiviti dan gunatanah yang paling utama di Daerah Sabak Bernam, namun pihak MDSB tidak mengetepikan sektor perindustrian dalam agenda serta perancangan pembangunan bagi Daerah Sabak Bernam.

Latarbelakang Warna Merah dan Kuning.
Ia menunjukkan warna rasmi bagi Negeri Selangor iaitu warna merah dan kuning.

Lambang Rumah.
Ia menunjukkan bidang kuasa pihak MDSB dalam menyediakan kawasan perumahan atau pun penempatan yang selesa untuk didiami, khusus untuk kawasan kediaman para penduduk di Derah Sabak Bernam.

Lambang Tumbuh-tumbuhan.
Ia menunjukkan bahawa pihak MDSB akan sedaya upaya memelihara dan mengekalkan tumbuh-tumbuhan serta lain-lain sumber semulajadi walau dalam apa jua bentuk perancangan atau kemajuan yang dijalankan di Daerah Sabak Bernam.

 

 www.gov.my              www.ekl.gov.my              www.mscmalaysia.my              www.talentcorp.com.my              www.selangor.gov.my              www.mampu.gov.my              www.e-zakat.com.my/baru/              www.pcb.gov.my              www.mampu.gov.my/myid_info/index.htm              www.mysms.gov.my