MENU

Majlis Daerah Sabak Bernam
(Berdaya, Berbakti dan Berkualiti)

Latar Belakang

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) adalah salah sebuah daripada 12 Pihak Bekuasa Tempatan yang terdapat di seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak Berkuasa Tempatan bagi Daerah Sabak Bernam ini mula dikenali sebagai Majlis Daerah Sabak Bernam sejak tahun 1977. Sebelum MDSB diisytiharkan sebagai sebuah Majlis Daerah, PBT bagi Daerah Sabak Bernam ini dikenali sebagai penguasa tempatan iaitu Majlis Tempatan dan Lembaga  Bandaran. Bidang kuasa meliputi kawasan :-

  • Majlis Tempatan Sekinchan
  • Majlis Tempatan Sungai Besar
  • Majlis Tempatan Sungai Air Tawar, Dan
  • Lembaga Bandaran Sabak Bernam

Pengishtiharan MDSB pada tahun 1977 telah memansuhkan pentadbiran 3 buah majlis tempatan dan sebuah lembaga bandaran, yang mana seterusnya meliputi kawasan :-

  • Pekan Sekinchan
  • Pekan Sungai Besar
  • Pekan Sabak Bernam
  • Pekan Bagan Terap
  • Pekan Sungai Haji Dorani
  • Pekan Sungai Nibong
  • Pekan Simpang Lima
  • Kg. Kian Sit (Sekinchan Site ‘A')
  • Pekan Parit Baru
  • Pekan Sungai Air Tawar
  • Pekan Pasir Panjang
  • Pekan Bagan Nakhoda Omar

Fungsi

  1. Memberi dan meningkatkan perkhidmatan perbandaran yang terbaik kepada orang ramai.
  2. Mewujudkan kawasan dan persekitaran perbandaran yang indah, bersih dan menarik.
  3. Mempastikan perancangan bandar dan kawalan pembangunan supaya teratur dan tersusun.
  4. Menyelia dan menyelenggara kemudahan awam dan rekreasi.
  5. Memupuk perpaduan di antara rakyat yang berbilang bangsa disamping mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sivik.

 

Dasar Kualiti

  1. Mempastikan setiap arahan dan dasar Kerajaan Negeri dilaksanakan dengan segera bagi memastikan matlamat kerajaan dapat dicapai.
  2. Bersedia melayani dan membaiki kelemahan daripada aduan orang awam berhubung perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan dan pentadbiran Majlis.
  3. Bersedia untuk menerima setiap teguran dan pandangan yang membina daripada semua pihak untuk kebaikan bersama masyarakat setempat dan pentadbiran Majlis.

Sistem Pentadbiran dan Pengurusan

Terdapat 9 Jabatan, 20 bahagian dan 4 unit utama bagi membantu sistem pengurusan dan pentadbiran MDSB.

A) Jabatan:-

  1. Jabatan Khidmat Pengurusan

    1. Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia
    2. Bahagian Perolehan Am
    3. Bahagian Teknologi Maklumat

     

  2. Jabatan Perbendaharaan

    1. Bahagian Perbelanjaan
    2. Bahagian Akaun
    3. Bahagian Hasil
    4. Bahagian Kutipan

     

  3. Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

    1. Bahagian Penilaian
    2. Bahagian Pengurusan Harta
    3. Cawangan Pesuruhjaya Bangunan

     

  4. Jabatan Perancangan Pembangunan

    1. Bahagian Kawalan Pembangunan
    2. Bahagian Pembangunan Mampan
    3. Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
    4. Unit Pusat Sehenti

     

  5. Jabatan Kejuruteraan

    1. Bahagian Pembangunan Projek
    2. Bahagian Penyelenggaraan Infrastuktur
    3. Bahagian Mekanikal dan Elektrikal

     

  6. Jabatan Kawalan Bangunan

  7. Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Persekitaran

    1. Bahagian Pentadbiran dan Kawal Selia
    2. Bahagian Kesihatan Awam
    3. Bahagian Alam Sekitar
    4. Bahagian Perlesenan

     

  8. Jabatan Landskap

  9. Jabatan Belia dan Kemasyarakatan

  10. Jabatan Penguatkuasaan

  11. Jabatan Perlesenan

 

B) Unit:-

  1. Unit Pusat Setempat (OSC)
  2. Unit Audit Dalam
  3. Unit Korporat dan Perhubungan
  4. Unit Pesuruhjaya Bangunan
  5. Unit Integriti
  6. Unit Perundangan
Kemaskini Terakhir: Selasa, 22 Ogos 2017 - 7:01pm