AKRAB

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai Pembimbing Rakan Sekerja sepertimana dikehendaki dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005. Rakan Pembimbing merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam. Ia diwujudkan dengan objektif bagi menyediakan perantaraan untuk memberi peluang pegawai berfungsi secara efektif dalam usaha membantu Pengurus Sumber Manusia di agensi. Disamping itu, Rakan Pembimbing juga bervisi menjadi penyumbang kepada usaha modal insan dalam Pengurusan Sumber Manusia.

AKRAB (dahulunya dikenali sebagai AKRAM) membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing. Tanpa ciri-ciri tersebut, peranan seseorang dalam menjalankan fungsi rakan pembimbing kurang berkesan. AKRAB juga merupakan penjenamaan semula versi rakan pembimbing, pembimbing rakan sekerja, pegawai khidmat nasihat, pegawai khidmat kaunseling dan pelbagai nama yang merujuk kepada peranan sebagai rakan pembimbing di agensi. Ini bermakna, di dalam perkhidmatan awam, pegawai yang memainkan peranan sebagai rakan pembimbing keseluruhannya akan dikenali sebagai AKRAB.

Visi

Visi

Menjadikan AKRAB Penggerak Pembangunan Modal Insan Dalam Pengurusan Sumber Manusia

Misi

Misi

  • Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi;
  • Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan dalam kehidupan;
  • Berperanan sebagai perantara antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan
  • Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB
Objektif

Objektif

Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan

Motto

Motto

"Berkhidmat Membimbing"

Falsafah

Falsafah

Sebagai ahli AKRAB, anda perlu sentiasa menghayati falsafah AKRAB iaitu "Bantu Diri Untuk Membantu rakan Lain" Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, perhubungan, kreativiti dan nilai diri.

Prinsip

Prinsip

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.

01

Peranan

  • Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling;
  • Memberi sokongan kepada perubahan yang lebih baik;
  • Sumber kepada rakan untuk berkongsi permasalahan; dan
  • Memperkuatkan semangat rakan yang ingin berubah.
02

Etika

  • Amanah dan menyimpan rahsia;
  • Menerima dan menghormati orang lain;
  • Memahami batasan dan keupayaan diri;
  • Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemahiran dari pada pelbagai aspek;
  • Melaporkan kepada kaunsleor tentang kes yang boleh merosakkan diri dan orang lain;
  • Merujuk kes / permasalahan yang rumit kepada pegawai psikologi; dan
  • Memahami peraturan dan etika perkhidmatan awam.

Disclaimer : Sabak Bernam District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Best View : Best viewed using latest browser Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution of 1366 x 768.