Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Apa yang dimaksudkan dengan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan?

Penyediaan persekitaran kerja yang kondusif dan langkah-langkah berjaga-jaga yang berpatutan unutk mencegah orang yang bekerja daripada tercedera atau mendapat kesan kesihatan akibat aktiviti kerja yang dijalankan.

Image

PERSEKITARAN TOKSIK DI TEMPAT KERJA

Dapat arahan dari pengurusan tertinggi. Dia serahkan pada anak buah di bawah. Anak buah serah pada cucu buah. Cucu serah pada cicit. Cicit buat segalanya. Pekerja bawahan mengalami tekanan yang tinggi. Tak bagus untuk kesihatan mental kita. Perlu ada perubahan kepada cara kita bekerja. Perubahan ini memerlukan komitmen besar daripada organisasi.

Ketua yang baik tidak mencampakkan segala kerja kepada anak buah. Sentiasa mendapatkan cadangan dan feedback daripada anak buah bagaimana kita boleh melakukan kerja bersama.

Image

WARNA WARNI SAYUR & BUAH

Sayur dan buah mempunyai banyak khasiat dan nutrien yang sangat penting untuk tubuh badan kita. Tetapi, tahukah anda yang setiap warna sayur dan buah tu mempunyai khasiat dan nutrien serta fungsi yang tersendiri yang terdiri daripada Lycopene, Anthocyanin, Beta-Karotein, Zeaxanthi#NutritionistKKM

Pengambilan sayur dan buah yang secukupnya mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia 2020 dapat membantu memberi ketahanan imuniti terhadap badan kita. Oleh itu, mari lah sama-sama kita cukupkan pengambilan sayur dan buah setiap hari.

#jommakanbuahsayur
#2sajianbuahsehari
#3sajiansayursehari
#antioksidan
#vitamin
#mineral
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM

Image

"HUKUMAN" PEKERJA BAGUS

Ini adalah tanda tanda berlaku Performance Punishment dalam organisasi. Individu yang menunjukkan prestasi baik.

* Menerima beban tugas lebih
* Sentiasa diberikan tanggungjawab berlebihan
* Terpaksa melakukan tugas (cover) kerja orang lain
* Disuruh melakukan kerja luar bidang tugas
* Diminta melakukan tugas diluar kemampuan

Performance Punishment menyebabkan anggota menjadi burn out,penurunan produktiviti, dan kekurangan motivasi. Ia juga boleh membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental, seperti peningkatan risiko penyakit jantung dan kemurungan.

Untuk mengelakkan hukuman prestasi daripada pekerja yang berprestasi tinggi, adalah penting bagi organisasi untuk mewujudkan budaya keseimbangan kerja-kehidupan dan menetapkan sempadan yang jelas di sekitar jangkaan kerja.

Image

5 IDEA RINGKAS UNTUK MEMBERI SEMANGAT BEKERJA:

1. Beri penghargaan dan pujian atas pencapaian kerja. Ini memotivasi untuk berusaha lebih baik.


2. Wujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan menyokong produktiviti.


3. Adakan aktiviti untuk mengeratkan hubungan sesama pekerja seperti team building.


4. Berikan cabaran dan peluang untuk meningkatkan kemahiran pekerja.


5. Libatkan pekerja dalam membuat keputusan dan hargai sumbangan mereka. Ini meningkatkan rasa dihargai.

Image

LELAKI DAN PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (2019) mendapati bahawa LELAKI yang berumur 30 tahun ke bawah adalah lebih tinggi berisiko untuk menghidapi penyakit darah tinggi berbanding wanita.

Penyakit kardiovaskular boleh dikesan dengan menjalani saringan kesihatan secara berkala di klinik kesihatan berdekatan.

Pengesanan awal ini mampu mengawal dan merawat penyakit kardiovaskular dengan lebih efektif.

Image

TIPS MAKANAN BERSIH DAN SELAMAT

Amalkan 7 langkah mencuci tangan sebelum makan dan selepas ke tandas.

Basuh tangan dengan sempurna menggunakan air dan sabun.

Dikongsikan 7 langkah mencuci tangan dengan betul.

Biasakan yang betul, tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi ini tidak bermakna ianya bersih.

Amalkan membasuh tangan dengan betul. Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit berjangkit termasuk penyakit Influenza, HFMD dan COVID-19.

Image

PENDERMAAN ORGAN

Amalan pendermaan organ merupakan satu perbuatan yang mulia. Walaupun bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin bertambah dari tahun ke tahun, namun bilangan pengikrar penderma selepas kematian masih sedikit.

Organ yang boleh didermakan selepas kematian adalah jantung, hati, paru-paru dan buah pinggang. Manakala tisu yang boleh didermakan selepas kematian pula adalah kornea mata, injap jantung, tulang dan kulit.

Kini orang ramai boleh mendaftar sebagai pengikrar derma organ dengan mudah menerusi aplikasi MySejahtera. Dapatkan maklumat terkini berkaitan pendermaan organ menerusi laman sesawang www.dermaorgan.gov.my atau media sosial rasmi Derma Organ

#SihatMilikSelangor

Image

KEBAIKAN TIDAK MEROKOK

Amalan merokok yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik dan memudaratkan kesihatan orang sekeliling.

Apabila kita merokok, ribuan bahan kimia akan dilepaskan ke dalam badan anda. Hasilnya boleh menyebabkan masalah seperti merosakkan paru-paru, jantung dan struktur badan.

Walaupun anda telah merokok selama bertahun-tahun, namun ada cara untuk menghentikan kesan ini dan mengembalikan manfaat kesihatan dengan cara yang lebih sihat.

Sumber: UKK/KKM

#SihatMilikKita

Image

KANSER DARAH : LIMFOMA

Limfoma merupakan sejenis kanser yang melibatkan limfosit dalam sistem imunisasi manusia.

Terdapat 2 kategori limfoma iaitu Hodgkin Lymphoma dan Non-Hodgkin Lymphoma. Antara faktor risiko yang boleh menyebabkan berlakunya limfoma adalah keturunan, penyakit yang merendahkan imuniti tubuh dan pendedahan kepada bahan-bahan kimia berbahaya seperti benzene.

Sila dapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut dari doktor perubatan sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti yang dinyatakan.

Pengesanan awal dan rawatan yang terbukti berkesan meningkatkan peluang penyembuhan.

#SihatMilikSelangor

Image

JOM KENALI ARTHRITIS

Arthritis merujuk kepada penyakit yang mengakibatkan kesakitan, bengkak, kemerahan dan kekejangan sendi.

Arthritis menunjukkan beberapa gejala yang melibatkan sendi yang perlu diberi perhatian. Penyakit radang sendi yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah pergerakan yang membataskan aktiviti harian seseorang.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk cakna terhadap gejala arthritis dan mendapatkan rawatan segera bagi memastikan kehidupan yang berkualiti.

#SihatMilikSelangor

Image

TIPS ATASI KERESAHAN ( ANXIETY)

Tip berguna atasi keresahan (anxiety)

Seseorang cenderung mengalami keresahan apabila berhadapan dengan sesuatu tekanan.

Jom belajar tip menangani anxiety bagi mendapatkan minda sihat dan emosi yang sejahtera.

Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental sedia membantu anda dengan menyediakan
Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental HEAL 15555 (Help with Empathy And Love), yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum baru 08:00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.

#kkm #TalianHEAL15555 #LetsTALKmindasihat #SihatMilikSelangor

Image

JUMLAH PENGAMBILAN GULA DARI MINUMAN MANIS DALAM KALANGAN ORANG DEWASA DI MALAYSIA

Gula merujuk kepada bahan yang memberi rasa manis pada makanan atau minuman.


Pengambilan gula yang berlebihan boleh meningkatkan risiko obesiti seterusnya meningkatkan risiko penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung serta mendorong kepada pembentukan karies gigi.

Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, orang ramai disarankan untuk mengehadkan pengambilan makanan tinggi gula agar kekal sihat dengan menggantikannya dengan hidangan yang lebih sihat seperti buah-buahan.

#SihatMilikSelangor

Image

EKZEMA

Ekzema merupakan penyakit radang kulit yang lazimnya berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan juga dewasa.

Terdapat beberapa punca terjadinya ekzema seperti faktor genetik. Selain itu, ekzema juga boleh berlaku disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia, cuaca panas, tekanan,alahan terhadap makanan, habuk dan bulu binatang.

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mendapatkan rawatan jika menunjukkan tanda-tanda ekzema agar penyakit tersebut dapat dirawat.

Turut menyarankan agar diari makanan disediakan bagi mencatat makanan yang dimakan dan keterukan reaksi terhadap makanan dalam tempoh 24 hingga 48 jam bagi mengenalpasti jika makanan punca ekzema.

#SihatMilikSelangor

Image

CARPAL TUNNEL SYNDROME

Carpal tunnel syndrome atau CTS merupakan kondisi yang mempengaruhi tangan dan jari. Kondisi ini dapat membuat pengidapnya mengalami sensasi rasa kesemutan, mati rasa, atau nyeri. Gejala yang muncul ini biasanya berkembang secara perlahan dan pada malam hari akan bertambah parah. Bahagian yang paling sering terpengaruh adalah ibu jari, jari tengah, dan telunjuk.


Penyebab Carpal Tunnel Syndrome
CTS (Carpal Tunnel Syndrome) dapat terjadi karana saraf median tertekan atau terhimpit, tetapi penyebab tertekannya saraf ini belum diketahui secara pasti.


Gejala Carpal Tunnel Syndrome
Selain sensasi rasa kesemutan, mati rasa atau kebas dan rasa sakit pada beberapa bahagian tangan, gejala lain CTS (Carpal Tunnel Syndrome) adalah ibu jari melemah dan muncul rasa sakit pada tangan atau lengan.

Pencegahan Carpal Tunnel Syndrome
Tidak ada cara yang pasti untuk mencegah Carpal Tunnel Syndrome. Namun, kamu bisa mengurangi stres dan ketegangan pada tangan dan pergelangan tangan sebanyak mungkin, untuk mencegahnya menjadi lebih buruk. Pencegahan CTS bisa dilakukan dengan cara meregangkan tangan dan jari-jari. Dimulai dengan cara sederhana seperti mengepal lalu membuka tangan dan mengarahkannya hingga lurus, ulangi 5-10 kali.

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi