Enakmen

Bil Enakmen (Kaedah/Perintah) Penerangan
1. Kaedah-kaedah Pekerja Kelakuan & Tatatertib (Majlis Daerah Sabak Bernam) 1995
  • UUK ini digubal untuk mengawal perkara-perkara yang berkaitan dengan disiplin kakitangan dan pegawai Majlis.
  • Ia memperincikan secara khusus tindakan yang boleh dikenakan kepada kakitangan dan pegawai sekiranya didapati telah melakukan perkara-perkara yang merupakan suatu kesalahan di bawah kaedah-kaedah ini atau mana-mana undang-undang lain seperti yang diputuskan oleh Majlis.
2. Perintah Tetap (Mesyuarat) MDSB 2007
  • Perintah ini digubal untuk memastikan perjalanan mesyuarat Majlis samada mesyuarat biasa atau khas supaya sentiasa dalam keadaan terkawal dan berjalan lancar mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
3. Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukkan Tempat Letak Kereta) MDSB 2007
  • Perintah ini digubal untuk mengawal aktiviti berkaitan peruntukan mengenai tempat letak kereta dalam kawasan Majlis.
  • Ia bertujuan untuk mengawal aliran lalulintas dan mendidik pengguna supaya meletak kereta di petak tempat letak kereta yang disediakan di samping memastikan pengguna membayar caj yang dikenakan.
  • Ia juga menjelaskan mengenai kuasa yang diperuntukkan kepada Majlis bagi melaksanakan tindakan penguatkuasaan termasuk tindakan pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan di bawah perintah ini.

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi