PEMENTORAN MEI-OKT 2025

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam

LATAR BELAKANG Pelaksanakan Program Pementoran dalam perkhidmatan bertujuan memberi bimbingan, sokongan dan bantuan dengan menerapkan elemen-elemen psikologi dan kaunseling secara professional yang diberikan oleh mentor kepada menti untuk meningkatkan pembangunan dan kompetensi profesional, budaya, peribadi dan sosial bagi pegawai lantikan baharu dan dinaikkan pangkat;

2.2 Program pementoran ini juga bertujuan meningkatkan hubungan di antara mentor dan menti dalam perkongsian ilmu, nilai dan pengalaman diri di mana ilmu, pengalaman dan nilai itu boleh dipindahkan dalam realiti pekerjaan dan kehidupan seharian;

2.3 Pementoran adalah salah satu elemen yang terkandung dalam instrumen Standard Kualiti Pelaksanaan AKRAB, Program Pementoran Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor;

2.4 Program Pementoran mula dilaksanakan di Majlis Daerah Sabak Bernam pada tahun 2015 dan pada tahun ini merupakan siri yang kesembilan dilaksanakan; dan

2.5 Perkembangan proses perhubungan pementoran akan dipantau dan dilaporkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Pementoran MDSB tahun 2025.

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

PBTCare

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015