Latar Belakang

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) adalah salah sebuah daripada 12 Pihak Bekuasa Tempatan yang terdapat di seluruh Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak Berkuasa Tempatan bagi Daerah Sabak Bernam ini mula dikenali sebagai Majlis Daerah Sabak Bernam sejak tahun 1977. Sebelum MDSB diisytiharkan sebagai sebuah Majlis Daerah, PBT bagi Daerah Sabak Bernam ini dikenali sebagai penguasa tempatan iaitu Majlis Tempatan dan Lembaga Bandaran. Bidang kuasa meliputi kawasan :

Bil Kawasan
1 Majlis Tempatan Sekinchan
2 Majlis Tempatan Sungai Besar
3 Majlis Tempatan Sungai Air Tawar
4 Lembaga Bandaran Sabak Bernam

Pengishtiharan MDSB pada tahun 1977 telah memansuhkan pentadbiran 3 buah majlis tempatan dan sebuah lembaga bandaran, yang mana seterusnya meliputi kawasan :-

Bil Kawasan
1 Pekan Sekinchan
2 Pekan Sungai Besar
3 Pekan Sabak Bernam
4 Pekan Bagan Terap
5 Pekan Sungai Haji Dorani
6 Pekan Sungai Nibong
7 Pekan Simpang Lima
8 Kg. Kian Sit (Sekinchan Site)
9 Pekan Parit Baru
10 Pekan Sungai Air Tawar
11 Pekan Pasir Panjang
12 Pekan Bagan Nakhoda Omar

Majlis Daerah Sabak Bernam

Berdaya

Berdaya

Berbakti

Berbakti

Berkualiti

Berkualiti

Fungsi

01
Memberi dan meningkatkan perkhidmatan perbandaran yang terbaik kepada orang ramai.
02
Mewujudkan kawasan dan persekitaran perbandaran yang indah, bersih dan menarik.
03
Mempastikan perancangan bandar dan kawalan pembangunan supaya teratur dan tersusun.
04
Menyelia dan menyelenggara kemudahan awam dan rekreasi.
05
Memupuk perpaduan di antara rakyat yang berbilang bangsa disamping mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran sivik.

Dasar Kualiti

Membangunkan potensi daerah Sabak Bernam ke arah kecemerlangan di dalam bidang perkhidmatan perbandaran melalui penambahbaikan yang menyeluruh secara berterusan. Majlis Daerah Sabak Bernam komited untuk memastikan kehendak pihak berkepentingan dipenuhi melalui pencapaian objektif-objektif kualiti dan pematuhan terhadap keperluan undang-undang yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem dengan:

  1. Memastikan setiap arahan dan dasar Kerajaan Negeri dilaksanakan dengan segera bagi mencapai matlamat yang ditetapkan;
  2. Bersedia melayani dan membaiki kelemahan daripada aduan awam berhubung perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan dan pentadbiran Majlis; dan
  3. Bersedia untuk menerima setiap teguran dan pandangan yang membina daripada semua pihak untuk kebaikan bersama masyarakat setempat dan pentadbiran Majlis.

Sistem Pentadbiran dan Pengurusan

Terdapat 9 Jabatan, 20 bahagian dan 4 unit utama bagi membantu sistem pengurusan dan pentadbiran MDSB.

Jabatan:-

Bil Jabatan
1 Jabatan Khidmat Pengurusan
  • Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia
  • Bahagian Perolehan Am
  • Bahagian Teknologi Maklumat
2 Jabatan Perbendaharaan
  • Bahagian Perbelanjaan
  • Bahagian Akaun
  • Bahagian Hasil
  • Bahagian Kutipan
3 Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
  • Bahagian Penilaian
  • Bahagian Pengurusan Harta
  • Bahagian Pesuruhjaya Bangunan
4 Jabatan Perancangan Pembangunan
  • Bahagian Kawalan Pembangunan
  • Bahagian Pembangunan Mampan
  • Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
  • Unit Pusat Sehenti
5 Jabatan Kejuruteraan
  • Bahagian Pembangunan Projek
  • Bahagian Penyelenggaraan Infrastuktur
  • Bahagian Mekanikal dan Elektrikal
6 Jabatan Kawalan Bangunan
7 Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Persekitaran
  • Bahagian Pentadbiran dan Kawal Selia
  • Bahagian Kesihatan Awam
  • Bahagian Alam Sekitar
  • Bahagian Perlesenan
8 Jabatan Landskap
9 Jabatan Belia dan Kemasyarakatan
10 Jabatan Penguatkuasaan
11 Jabatan Perlesenan

Unit:-

Bil Unit
1 Unit Pusat Setempat (OSC)
2 Unit Audit Dalam
3 Unit Korporat dan Perhubungan
4 Unit Pesuruhjaya Bangunan
5 Unit Integriti
6 Unit Perundangan

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi