PERTANDINGAN FOTOGRAFI & VIDEOGRAFI MDSB 2024

Syarat-syarat Pertandingan:

  1. Pertandingan Fotografi dan Videografi MDSB 2024 ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  1. Penyertaan percuma.
  1. Pertandingan ini diadakan bermula 8 April 2024 bersamaan 28 Ramadan 1445H hingga 9 Mei 2024 bersamaan 30 Syawal 1445H.
  1. Peserta boleh mengambil foto/ video yang berkonsepkan suasana menyambut hari raya Aidilfitiri 2024 termasuk di tempat-tempat menarik dalam daerah Sabak Bernam termasuk sawah padi, inap desa, rumah kampung dan lain-lain yang menarik dan menepati tema “Raya di Sabak Bernam”
  1. Peserta fotografi dan videografi mesti mendaftar melalui google form yang disediakan. Masukkan link gambar dan video tersebut dalam borang google form yang telah diberikan melalui https://forms.gle/yB2UThaYHYhhxYyZ6
  1. Foto atau video mestilah kali pertama dan tidak boleh diulang pakai/ siar daripada mana-mana sumber pertandingan, pameran dan komersial.
  1. Setiap peserta harus memuat naik video terlebih dahulu ke akaun media sosial Facebook atau tiktok MDSB dan perlu menggunakan 3 tanda pagar yang berikut:
  2. #MDSB
  3. #rayadisabakbernam
  • #pelancongansabakbernam
  1. Peserta dimestikan tag, like dan follow Facebook Majlis Daerah Sabak Bernam dan tiktok rasmi MDBS.
  1. Penganjur mempunyai hak eksklusif untuk menerbitkan, mempamerkan gambar atau menayangkan semula video tersebut beserta maklumat yang disertakan.
  1. Semua gambar dan video penyertaan mestilah asli, idea sendiri dan tidak mengandungi elemen pengubahsuaian, plagiat dan ciplak mana-mana gambar/video melalui internet atau hasil orang lain.
  1. Penganjur berhak menolak penyertaan atau menarik balik hadiah yang diberikan sekiranya didapti hasil karya tidak asli.
  1. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap gambar/video agar tidak melanggar hak cipta/ privasi/ publisti/ intelek mana-mana individu atau pihak lain yang mempunyai hak, tuntutan atau kepentingan dalam gambar/ video tersebut.
  1. Penyertaan yang tidak mematuhi syarat-syarat tidak akan dinilai dan boleh disingkirkan.
  1. Gambar/ video akan dinilai berdasarkan kategori, mematuhi konsep dan tema, keaslian, kreativiti dan teknik yang terbaik.
  1. Sebarang kecelakaan/ kemalangan/ kecederaan semasa mengambil gambar/ video adalah tanggungjwab sendiri.
  1. Sebarang penyertaan yang mengandungi unsur lucah, keganasan, sentimen perkauman, kandungan yang tidak sesuai atau bermotifkan politik tidak akan dipertimbangkan.
  1. Dengan menyertai pertandingan ini bermakna peserta bersetuju mematuhi segala keputusan yang ditetapkan.

Syarat Lain Fotografi:

  1. Foto mestilah menggunakan format digital bersaiz 8R dan beresolusi tinggi tidak kurang daripada 300dpi.
  1. Setiap peserta dibenarkan menghantar maksimun 2 keping gambar untuk 1 orang penama sahaja yang telah diambil dengan menggunakan kamera DSLR atau kamera smartphone sahaja.
  1. Teknik mengambil gambar bebas. Namun demikian perlu merujuk panduan bagi penyuntingan gambar seperti yang berikut:

Dibenarkan:

  • Perubahan menyeluruh dari segi kecerahan, kontras, ketajaman gambar dan perubahan warna tetapi tidak terlalu keterlaluan.
  • Pemotongan (cropping) gambar.
  • Putaran/pusingan orientasi gambar.

Tidak dibenarkan:

  • Memotong dan menampal sebahagian imej daripada gambar yang lain.
  • Komposit atau pengklonan objek tidak dibenarkan. Sebagai contoh, memindahkan sebarang elemen di dalam gambar dan menambah sebarang efek.
  • Kabur yang berlebihan.
  • Tiada pendedahan berganda (HDR).

Syarat Lain Videografi:

  1. Penceritaan video boleh berbentuk video pendek tidak melebihi 2 minit.
  1. Peserta mesti memastikan akaun tidak persendirian (private) dan untuk video dibenarkan dimuat turun.
  1. Pihak penganjur boleh memuat turun video dari aplikasi bagi tujuan penilaian dan promosi pelancongan;

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi