Anugerah Perkhidmatan Cemerlang APC MDSB 2013

Pada 27hb Mei 2014, Majlis Daerah Sabak Bernam telah mengadakan  Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Daerah Sabak Bernam bagi Tahun 2013.

Tujuan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini adalah bagi menghargai jasa dan khidmat kakitangan di Majlis Daerah Sabak Bernam.

Program dimulakan dengan ucapan Tuan Zailani bin Kadir, Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam . Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2013 ialah Encik Awaluddin bin Zakaria,AMS (Setiausaha), Encik Mohd Amirzan bin Omar(Penolong Jurutera), Puan Norazilah binti Abdullah (Pembantu Tadbir), Puan Markiem binti Rangdimin (Pembantu Tadbir), Encik Zainal Asri bin Hormat (Pembantu Penguatkuasa), Encik Ahmad Fazli bin Haji Misdi (Pembantu Penguatkuasa), Encik Abdul Rahim bin Abdul Mutalib (Pekerja Awam), Encik Mohd Zainuddin bin Abdul Aziz (Pekerja Awam),Periasamy a/l Muthusamy (Pekerja Awam), Encik Mohamed Daud bin Ibrahim (Pekerja Awam), Encik Paneer Selvam a/l Krishnan (Pekerja Awam), Encik Jamalul Lail bin Minhat (Pekerja Awam), Encik Suhaimi bin Machri (Pekerja Awam).Penerima APC menerima Sijil Pernghargaan beserta cek prestasi bernilai RM 1000.00

Acara seterusnya pula, penyampaian Hadiah Berkhidmat Melebihi 25 tahun, penerima diberikan cek bernilai RM 300.00, sijil penghargaan dan seutas jam tangan bernilai RM 300.00. Antara penerima hadiah berkenaan adalah Encik Azmi  Bin Abd Hani (Pekerja Awam), Encik Kamarulzaman bin Ibrahim (Pekerja Awam), Encik Mohd Daud bin Tajuddin (Pekerja Awam) dan Encik Raja Nor Kudin bin Raja Abd Rahman(Pekerja Awam).

Manakala bagi Tokoh Dwi Tahunan bagi Bulan Julai hingga Disember 2013 adalah Encik Ahmad bin Abd Rahman. Beliau menerima siji penghargaan dan seutas jam tangan bernilai RM 300.00. Untuk makluman juga, pihak majlis turut menyampaikan sijil penghargaan dan cek gantian cuti rehat kepada Balu Allahyarham Encik Ismail bin Naim yang telah meninggal dunia pada 14hb April 2014 lalu.

Antara yang turut hadir bagi menjayakan majlis ini adalah Ahli-Ali Majlis,Ketua Bahagian/ Unit MDSB, Ketua-ketua Jabatan Daerah,  PeBT dan Kakitangan MDSB.

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi