BAZAR KRAF SELANGOR & MALAM KEBUDAYAAN SABAK BERNAM (31 DIS 2016)

Majlis Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Jawatankuasa Kebudayaan Negeri Selangor dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor telah mengadakan Program Bazar Kraf Selangor dan Malam Kebudayaan.

Matlamat program ini adalah seperti berikut :-

  1. Menggalakkan aktiviti seni dan kebudayaan di daerah Sabak Bernam;
  2. Memelihara dan memulihara kebudayaan tempatan di Negeri Selangor; dan
  3. Mempromosikan produk kraf tempatan dan seterusnya menggalakkan aktiviti pelancongan di Daerah Sabak Bernam.

Pencapaian Program :-

  1. Menghimpunkan penari dan pemuzik profesional di Malam Kebudayaan Sabak Bernam seperti Kumpulan Kebudayaan PADAT, JKKN, Kumpulan Tarian India, Pemuzik Tradisional Cina dan Bob AF2;
  2. Mengumpulkan pengusaha kraf di Selangor seperti pengusaha Batik, Kraf Kayu, Tikar Anyaman, Tudung Salji; dan
  3. Jumlah kehadiran pengunjung dianggarkan seramai 2000 orang.

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi