Bengkel MS ISO 9001 2008 MDSB

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah mengadakan bengkel Dokumentasi Pengurusan Sistem Berkualiti MS ISO 9001:2008 bagi tahun 2013-2014 yang akan tamat tempoh pada Ogos 2013.Bengkel ini telah dihadiri seramai 18 Penolong Ketua Dokumentasi dari  Jabatan,Bahagian dan Unit yang diberikan penerangan serta pendedahan dalam mendokumentasikan sistem kualiti kerja di Jabatan masing-masing.

Encik Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha Majlis Daerah Sabak Bernam sukacita telah hadir untuk merasmikan bengkel ini dan berharap agar peserta – peserta dapat memberi komitmen serta melaksanakan tugas mendokumentasikan sistem kualiti kerja dengan lebih baik. Beliau juga berharap agar MDSB dapat menyambung persijilan MS ISO 9001: 2008 tahun hadapan. Bengkel ini diadakan selama 2 hari, 3 hingga 4 Jun 2013 di Coral Fishing Resort, Marina Island ,Lumut, Perak.

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi