CERAMAH BULANAN KEPADA WARGA KAKITANGAN MDSB BERTAJUK 'HATI'

Pada 19hb. April 2013 (Jumaat) bertempat di Bilik Gerakan Bunga Mawar, MDSB telah diadakan Program Ceramah yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohgni bin Asrori.

Ceramah adalah berkaitan tentang " Hati ".  Diantara perkara-perkara yang merosakkan hati dan merosakkan kehidupan seseorang iaitu, Hati yang keras, mata yang tidak peka, sikap tamak dan sentiasa berkira serta panjang angan-angan seseorang. 

  • Hati yang keras – tidak boleh menerima teguran atau nasihat dari orang lain.
  • Mata yang tidak peka – tidak mahu melihat kebenaran Allah S.W.T
  • Sikap tamak atau kedekut – dijadikan manusia itu tamak sehingga tiada masa beribadah, sibuk dengan perkara dunia sehingga lupa akan akhirat.
  • Panjang angan-angan – suka berangan sehingga tidak menerima takdir Allah S.W.T.

Penceramah juga memaklumkan dan menasihatkan supaya seseorang itu perlu melakukan solat kerana ia boleh menjadikan hati seseorang menjadi lembut.

Diantara perkara-perkara yang boleh membawa manusia ke syurga:

  • Beriman kepada Allah – dengan membaca hadis-hadis.
  • Membantu Allah S.W.T/ Memuliakan Islam – dengan mengamalkan solat, meninggalkan perkara yang dilarang dan membaca Al-Quran
  • Memuliakan Nabi – Membaca Al-Quran di bulan Ramadhan.
  • Mengikut apa yang diperintah oleh Allah S.W.T seperti yang terkandung dalam Al-Quran.

Turut dimaklumkan dengan membaca Al-Quran boleh melembutkan hati seseorang dan senang menerima nasihat. Program tersebut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan, bahagian, unit dan semua kakitangan MDSB yang bergama Islam.

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi