LAPORAN MAJLIS JASAMU DIKENANG MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM

Pada 19hb Ogos 2014, Majlis Daerah Sabak Bernam telah mengadakan  Majlis Jasamu dikenang di Dewan Sri Bernam, Sungai Besar.

Tujuan penyampaian Majlis Jasamu Dikenang ini adalah bagi menghargai jasa dan khidmat mantan YDP, Tuan Zailani bin Kadir  dan  kakitangan di Majlis Daerah Sabak Bernam yang bersara. Turut juga diadakan  penyampaian Tokoh Pekerja Januari hingga Jun 2014 dan penyampaian Gantian Cuti rehat (GCR).

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Awaluddin bin Zakaria, Pemangku YDP. Dalam ucapannya beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada mantan YDP atas jasa dan pengorbanan sepanjang menjadi YDP. Beliau juga berharap agar segala nasihat, tunjuk ajar YDP dipraktikkan bagi merialisasikan hasrat YDP untuk melihat Sabak Bernam beridentiti dan cantik terutama dari segi landskapnya.

Turut diadakan adalah majlis Penyampaian cenderahati untuk Tokoh Pekerja Bulan Januari hingga Jun iaitu Encik Sarimon bin Saimi daripada Bahagian Penyelenggaraan Infrastruktur, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan MDSB. Penyampaian Sijil dan Cek GCR kepada Balu Allahyarham Tuan Haji Juli bin Katimin dan persaraan Encik Hisamuddin bin Haji Khalil,PJK.

Bagi penyampaian cenderahati kepada YDP, Tuan Zailani bin Kadir, Y.D.H Dato' Haji Baharin@Abdullah b. Mat Akhir dan PeBT telah menghadiahkan Frame ayat Al-Quran. Diantara cenderahati yang di sediakan oleh setiap Jabatan/ Bahagian dan Unit pula adalah seperti :

  1. Jabatan Khidmat Pengurusan – 1 Set Baju Melayu
  2. Jabatan Penilaian – Pokok Bonzai / Gazebo
  3. Jabatan Perbendaharaan/ Setiausaha – Potrait YDP
  4. Jabatan Kawalan Bangunan/OSC – Kayu Golf
  5. Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan – Jam Tangan
  6. Jabatan Perancang Pembangunan – Jam Tangan
  7. Jabatan Belia/ PRO – Gitar
  8. Jabatan Perkhidmatan Bandar – Garden Chair
  9. Jabatan Landskap – Lampu Taman
  10. Bahagian Penguatkuasaan – Pancing dan Frame Ayat Qursi
  11. Unit Audit Dalam/ Unit Perundangan – Frame Ayat Seribu Dinar

Antara yang turut hadir bagi menjayakan majlis ini adalah Ahli-Ali Majlis,Ketua Bahagian/ Unit MDSB, Ketua-ketua Jabatan Daerah,  PeBT dan Kakitangan MDSB.

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi