Majlis pelancaran program zon hijau Majlis Daerah Sabak Bernam

Pada 19HB Mac 2013 telah diadakan Majlis Pelancaran Zon Hijau bertempat di Pantai redang, Sekinchan. Program dirasmikan oleh YB Ronnie liu Tian Khiew, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan. Turut hadir pada Majlis Pelancaran tersebut ialah Tuan Zailani bin Kadir (YDP Majlis Daerah Sabak Bernam), Dato' Haji Bahrin bin Mat Akhir (Orang Besar Daerah), kakitangan Majlis Daerah Sabak Bernam dan Ketua-ketua kampong Daerah Sabak Bernam.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengindahkan lagi pusat perlancongan di Pantai Redang.menanam pokok. Antara pokok –pokok yang ditanam adalah Pokok Rhu Pantai (11 pokok), Pokok Bucida (10), Pokok Bambusa(10), Pokok Alamanda (100), Pokok Ixora (100), Pokok Ara(100) dan Kelapa Pandan (5).

Untuk pelan jangka panjang, gerai niaga yang lebih sempurna akan didirikan, tempat istirehat, gelanggang bola tampar pantai dan bola sepak pantai juga termasuk dalam perancangan untuk didirikan selain kerja landskap dengan tanaman pokok teduhan.

Pantai Redang dipilih sebagai Zon Hijau kerana ia merupakan satu tarikan pelancongan bagi mempromasikan Zon Hijau selain Pantai BNO yang telah dimajukan.

Pihak MDSB berharap supaya kebersihan pantai dijaga dan pokok-pokok yang ditanam tidak rosak. Selain itu juga pihak Majlis mengharapkan agar sektor korporat, swasta selain K-hind dapat memberi sumbangan bagi mengindahkan lgi Pantai Redang. Pihak Majlis juga mengucapkan terima kasih kepada pihak K-hind kerana banyak memberi kerjasama dan sumbangan bagi menjayakan program Zon Hijau di Pantai Redang.

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi