Malam Kebudayaan MDSB Tahun 2013

Majlis Daerah Sabak Bernam telah mengadakan Malam Kebudayaan MDSB untuk tahun yang ke-2 pada 2013. Program ini diadakan untuk menggabungkan majlis penyampaian anugerah kepada kakitangan dan anugerah yang lain disamping mengadakan persembahan kebudayaan seperti tarian, nyanyian, pertandingan karaoke serta cabutan bertuah. Antara tetamu yang hadir pada program tersebut ialah, Orang Besar Daerah, EXCO, Tuan Yang Dipertua MDSB, Ahli Parlimen, ADUN, Ahli Majlis, Ketua Jabatan Daerah, Ketua Jabatan serta kakitangan MDSB. Hampir 250 orang tetamu telah hadir.

Sebagai acara pembukaan Malam Kebudayaan, para tetamu dihiburkan dengan persembahan kumpulan nasyid dari Darul Islah 

Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada kakitangan, turut juga diadakan penyampaian Anugerah kepada 46 kakitangan yang telah berkhidmat lebih 26 tahun di Majlis Daerah Sabak Bernam. Penerima Anugerah menerima Sijil Penghargaan, seutas Jam Tangan berjenama Barmar dan cek bernilai RM 300.00.Diantara penerima Anugerah 25 Tahun berkhidmat adalah Tuan Zailani bin Kadir sebagai Yang Dipertua Majlis daerah Sabak Bernam, Tuan Haji Sukimin bin Saiman, En. Muri bin Tosrip, Puan Azizah  binti Hamzah, Encik Sarimon bin Saimi, Encik basir bin Sahir, Encik Hisamuddin bin Haji Khalil, Puan Siti Radiah binti Yasin, Tuan Haji Zainuddin bin Sapuan, Tuan Haji Abd Aziz bin Kormin, Encik Rasman bin Ahmad, Encik Mohd Salleh bin Sarlan, Puan Rohana binti Samsuddin, Encik Ismail bin Haji Mokhtar, Encik Mahmuddin bin Haji Mohd Basir, Encik Mohd Maskuri bin Haji Abdullah, Encik Murugan a/l Goinsamy, Encik Ahmad Fikry bin Haji Abd Hadi Kamil, Puan Norhanizah Asmah binti Mohamed Janum, Encik  Imam Nasro bin Hj Othman, Encik Naseri bin Misran, Encik Misbakhul Muner bin Hj Salleh, Encik Ariffin bin Talib, Encik Ibrahim bin Yahya, Encik Ahmad bin Halid, Jaafar bin Khosni, Encik Noor Azli bin Sapia, Encik Abd Samad bin Nasir, Encik Amran bin Alan, Encik Muniandy a/l Ramasamy, Puan Anjely a/p Chaniayah, Encik Abdul Hamid bin Muhammad, Encik Juli bin Katimin, Encik Mohamad Azmi bin Johar, Encik Rosli bin Masod, Encik Supramaniam a/l Rajoo, Encik Ramalingam a/l Muniandy, Encik Ramlee bin Mat, Encik Mohd Yusuf bin Mustapa, Encik Rusli bin Markeh, Encik Nordin bin Mat, Encik Roslan bin Mohyi, Encik Sulaiman Shahar bin Bahari.

Manakala seramai 16 kakitangan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pula menerima, Sijil Penghargaan, cek bernilai RM 1000.00 diantaranya Encik Mohd Sairi bin Mukadi, Encik Nor Azam bin Mohamad Rafiai, Puan Roslinda binti Haji Baharin, Encik Adzani bin Othman, Encik Hamzah bin Abd Rahman, Encik Ahmad bin Abdul Rahman, Encik Mohd Taib bin Haji Akil, Puan Nor Fadzlilah binti Saimin, Encik Mohd Faizal bin Ahmad, Encik Murad bin Haji Mohamed, Encik Osman bin Md Amin, Encik Nor Ibrahim bin Mohamad, Puan Nor Hapazah binti Mohammed Arshad ( Balu Allahyarham Encik Padzli bin Ahmad), Encik Nordin bin Idris, Encik Anuar bin Anal dan Encik Mohd Zaki bin Haji Akil.

Turut diadakan penyampaian Penerima Pemakaian Pangkat kepada Penguatkuasa MDSB Ke Pangkat Koperal. Diantara penerima adalah Encik Hamzah bin Abd Rahman, Encik Zainuddin bin Ismail, Encik Ahmad bin Abdul Rahman, Tuan Hj Zulkefli bin Hitam, Encik Mohd Taib bin Haji Akil dan Encik Ahmad Fazli bin Hj Misdi. Untuk makluman juga MDSB juga telah menerima Persijilan 5S oleh MPC yang diterima oleh Tuan Yang Dipertua.

Pada malam itu juga, para tetamu di perdengarkan lagu dari Band Jemputan iaitu Band Sejati sambil menikmati jamuan yang disediakan. Program juga diselang selikan dengan pertandingan karaoke oleh kakitangan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

Pertandingan karaoke dimenangi oleh Encik Hairol Anuar bin Ahmad diikuti pemenang 'Couple of The Night' dimenangi oleh pasangan Puan Shadatul Akmar binti M. Salim bersama suaminya. Puan Norhajarina binti Abd Hamid pula memenangi Anugerah Pakaian Terbaik Wanita dan lelaki dimenangi oleh  Encik Hairol Anuar bin Ahmad. Hadiah utama TV LCD 27" cabutan bertuah dimenangi oleh Encik Fakhzan bin Abd Malik. Majlis diacarakan oleh Encik Md Nor Syafiq bin Md Yusof, Puan Suzyreen binti Ahmad, Encik Zahairul bin Abd Rahman dan Puan Noraini binti Ahmad @ Md Yusoff.

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi