Pelancaran Tong Sampah Seragam Dan Kitar Semula Majlis Daerah Sabak Bernam

Pada 05hb Oktober 2013 (Sabtu) bertempat di Taman Bedena 2, Sungai Besar  telah diadakan Pelancaran Program Tong Sampah Seragam dan Kempen Kitar Semula oleh Majlis Daerah Sabak Bernam. Program telah disempurnakan oleh Y.B Tuan Haji Sallehen bin Mukhyi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa.

Antara tujuan kempen diadakan adalah untuk menaikkan imej Majlis, mendisiplinkan masyarakat di Sabak Bernam supaya memelihara alam sekitar serta mewujudkan persekitaran yang cantik dan pemandangan yang menyenangkan. Ia juga sebagai menyahut saranan Kerajaan Negeri Selangor agar semua penduduk dapat menukarkan barang tidak terpakai kepada pendapatan.Bagi penerangan lebih lanjut berkenaan kempen tersebut, sesi taklimat disampaikan oleh Encik Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha MDSB.

Sebagai acara gimik pelancaran iaitu memasukkan sampah/ barang ke dalam tong kitar semula dan pemberian tong sampah (MGB) kepada pemaju Taman Bedena 2, Sungai Besar iaitu Encik Guee Keok Jim dari GSM Sdn. Bhd.

Pada peringkat permulaan, sasaran pembelian tong sampah seragam adalah penduduk Taman, Premis-premis perniagaan dalam Daerah Sabak Bernam. Tong Sampah (MGB) boleh dibeli di Majlis Daerah Sabak Bernam dengan kadar RM 160.00 seunit. Kempen Kitar Semula akan diadakan setiap hari Sabtu bermula 05hb Oktober 2013 di Stadium Sungai Besar. Semua penduduk boleh menjual barangan yang boleh dikitar semula/ tidak terpakai bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi