PENGAUDITAN 5S KALI KE 3 MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM

Pada 25hb – 26hb Mac 2013, Jawatankuasa Audit 5S, Majlis Daerah Sabak Bernam, telah mengadakan pengauditan di semua zon MDSB. Juruaudit yang terlibat seramai 13 orang dan diketuai oleh Cik Norafiza binti Zainuddin.

Tujuan pengauditan dilakukan adalah melihat keberkesanan dan konsep 5S yang sentiasa diamalkan di semua zon. Sebanyak 10 zon terlibat diantaranya zon bawal, zon kelisa, zon kelah, zon pirana, zon patin, zon ikan emas, zon siakap, zon arapaima, zon kerapu dan zon toman.

Markah paling tinggi bagi penilaian pengauditan 5S bagi kali ke 3 adalah zon bawal iaitu 95 % sekaligus menjadikan johan. Diikuti dengan zon kelisa 94%, zon kelah 93%, zon pirana 92%, zon patin 91%, zon ikan emas 89%, zon siakap 89%, zon arapaima 89%, zon kerapu 88% dan zon toman 88%. Bagi zon terbaik bagi kategori pemenang terbanyak iaitu 3 kali kemenangan adalah zon pirana, manakala zon terbaik kategori sentiasa amal adalah zon patin.

Kesimpulan dari hasil pengauditan dijalankan mendapati kesemua zon telah mengamalkan Budaya Kerja Berkualiti dengan Amalan 5S dan pencapaiannya semakin meningkat.

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi