Perhimpunan Pagi Kakitangan Bersama Tuan Yang Dipertua Dan Ahli Majlis Bil 4 Tahun 2013

Pada 26hb September 2013, Perhimpunan Pagi bersama Tuan Yang Dipertua, Ahli Majlis dan kakitangan MDSB, bagi kali ke- 4 telah diadakan di Dewan Seri Bernam

Tujuan program diadakan bagi mengeratkan silaturrahim dan ruang YDP untuk menyampaikan amanat, nasihat kepada semua warga MDSB supaya menjalankan tugas dengan sempurna.

Program  dimulakan, dengan persembahan kior yang membawakan 3 buah lagu rasmi iaitu Lagu Negeri Selangor, Lagu Negaraku dan Lagu Gemilang MDSB. Diikuti dengan bacaan doa dipimpin oleh Encik Basir bin Sahir. Bacaan Ikrar `Perkhidmatan Awam' pula dipimpin oleh Encik Mohd Hafiz bin Yatimi daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan. 

Yang Dipertua, MDSB memaklumkan beberapa perkara utama dalam ucapan beliau iaitu menyeru agar semua kakitangan menjaga disiplin kerja dan memastikan tugas dilaksanakan dengan sempurna. YDP juga berharap agar masalah-masalah jabatan seperti kekurangan kakitangan dapat diatasi dengan sebaik-baiknya. Beliau juga juga berharap agar semua kakitangan melakukan perubahan cara bekerja agar hari ini lebih baik daripada semalam. Dalam perhimpunan ini juga turut diadakan majlis penyampaian cenderahati Hari Lahir Ahli Majlis dan  kakitangan bagi Bulan Julai, Ogos dan September 2013. 

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi