Program Konvoi Kembara Ilmu Anak Muda Selangor PeBT MDSB 2013

Program Konvoi Kembara Ilmu Anak Muda Selangorku PeBT MDSB 2013 telah diadakan pada 6 April 2013 (Sabtu) bermula di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar hingga ke Pantai Morib, Banting, Selangor.   

Pelepasan konvoi oleh Encik Awaluddin bin Zakaria, Setiausaha MDSB dan dihadiri oleh Encik Muri bin Tosrip, Pengarah Jabatan Belia & Kemasyarakatan, Ustaz Fadzlin Taslimin, Penyelaras DUN Sg. Panjang, Pegawai Polis Trafik dan para peserta konvoi. Sebanyak 20 buah kenderaan dan dianggarkan seramai 40 orang peserta telah menyertai program tersebut. 

Antara acara sukaneka yang diadakan adalah seperti berikut:-

Kategori kanak-kanak

  1. Cari gula-gula dalam tepung
  2. Ambil selipar paling pantas
  3. Tiup belon sampai pecah

Kategori wanita

  1. Bawa bola ping pong menggunakan sudu

Kategori lelaki

  1. Perlawanan bola sepak pantai

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah oleh Tuan Haji Hasnul bin Baharuddin, Penyelaras DUN Morib.

Tentatif Program

7.00 pagi– Peserta berkumpul

7.45 pagi– Taklimat konvoi

8.15 pagi– Pelepasan konvoi

12.00 t/hari– Konvoi sampai di Pantai Morib / Rehat / Makan tengahari

2.00 petang– Acara sukaneka dimulakan

4.00 petang– Acara sukaneka tamat

5.00 petang– Majlis penyampaian hadiah / bersurai

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi