Program OPS Tampal Jalan Seluruh Negeri Selangor

Kerajaaan Negeri Selangor telah menganjurkan sebuah program yang dinamakan sebagai Program Ops Tampal Jalan Seluruh Negeri Selangor.  Program ini diadakan dengan kerjasama Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)  yang bertindak sebagai penyelaras program dan 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor yang berperanan sebagai Pemantau.  Program ini telah mula dijalankan pada bulan Disember 2012 dan berakhir pada April 2013.  Walau bagaimanapun, pihak PBT telah menyambut baik usaha Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan setiap aduan dapat ditangani sebaik mungkin.

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)  telah turut serta terlibat untuk merealisasikan program ini.  Program ini bertujuan membuktikan keperihatinan Kerajaan Negeri memandangkan sebelum ini terdapat banyak aduan dan keluhan terhadap jalan yang menjejaskan keselesaan rakyat.

Program OPS Tampal Jalan melibatkan jalan-jalan persekutuan dan negeri.  MDSB telah membuat pengasingan kawasan yang terlibat di bawah program ini, iaitu Sungai Besar, Sabak Bernam, Sungai Panjang, Sungai Air Tawar dan Sekinchan.  Untuk makluman, setiap kawasan telah dipertanggungjawabkan dengan sebuah syarikat kontraktor dibawah lantikan pihak Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Rakyat Selangor digalakkan untuk membuat aduan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2824 dan juga menghubungi talian-talian yang disediakan PBT kawasan masing-masing. Setiap aduan ini akan diambil tindakan segera dan adakan direkodkan untuk tindakan susulan.

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi