Program Sesi Dialog Manifesto Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2013 Bersama Rakyat di Pihak Berkuasa Tempatan

Pada 10hb September 2013 (Selasa) bertempat di Dewan Sri Bernam, Sungai Besar telah diadakan program ”Program Sesi Dialog Manifesto Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2013 Bersama Rakyat di Pihak Berkuasa Tempatan”. Program dianjurkan oleh Kerjaan negeri Selangor dengan kerjasama Majlis daerah Sabak Bernam.

Program dimulakan dengan ucapan Tuan Yang Dipertua dan disusuli ucapan pembukaan  oleh Y.B Tuan Haji Sallehen bin Mukhyi (Exco hal Ehwal Islam, Permodenan dan Pembangunan Desa) . Antara yang hadir bagi menjayakan program tersebut       Ahli-Ahli Majlis , Jawatankuasa Penduduk, Ketua-ketua Kampung, NGO, orang awam dan kakitangan MDSB. 

Antara tujuan manifesto ini diadakan adalah untuk memberi penerangan  kepada penduduk ikrar Pakatan Rakyat untuk menjadikan Negeri Selangor sebagai negeri pilihan utama untuk didami, bekerja, melabur dan membina keluarga dan mendengar pandangan atau cadangan dari rakyat.

Sejajar dengan falsafah dan tradisi Pakatan Rakyat,maka mereka telah menawarkan komitmen seperti Air Bersih, Perumahn mampu milik, Keushawanan dan Inovasi, Pengangukutan Awam, Pemilikan Tanah, Pembangunan Pertanian, Hab Halal, Perlindungan Alam Sekitar, mewujudkan Tabung Pemberdayaan Wanita Selangor, memperluaskan Polis Komuniti, Pemeriksaan percuma Kanser Testis dan Prostat bagi lelaki dan menubuhkan Tabung Dialisis Rakayat bernailai RM 10 juta. Memastikan semua kemudahan awam dan tempat ibadat mesra pengguna, menyediakan Skim Khas bagi golongan kurang upaya serta bantuan pendidikan.

Antara bantuan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat adalah dengan memberi bantuan dana kepada pertubuhan- pertubuhan keagamaan. Antaranya meluluskan pembinaan Kempleks Islam Bersepadu, menyediakan kawasan tanah bagi semua rumah ibadat. Bagi program pendidikan pula, telah dilancarkan biasiswa Menteri Besar bagi pelajar Ijazah dengan bon kerajaan Negeri, dan menambah jumlah Ma’ahad Integrasi Tahfiz, KAFA Menengah. Menambah elaun bagi memastikan warga kerja sekolah agama menerima gaji minima RM 1500.00, Menyediakan kawasan tanah bagi pembinaan bangunan sekolah agama rakyat dan menyediakan bantuan tambahan sebnayak RM 2 juta setahun kepada sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan.

Untuk pembanguna keluarga pula, pihak Pakatan Rakyat telah memberi wang tunai RM 500 kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan., memeruskan program Skim Mesra Usia Emas. 

Dibawah Pakatan Rakayat juga, Selangor merupakan negeri pertama meluluskan pindaan Kebebasan Maklumat yang membolehkan orang ramai mencapai maklumat berkaitan Kerajaan Negeri.

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi