Pengasingan Pakaian Terpakai oleh Ahli Majlis & Sukarelawati

24 Sep 2020

LENSA MDSB 23 September 2020: Pengasingan Pakaian Terpakai oleh Ahli Majlis & Sukarelawati

Terima Kasih Para Penyumbang

Terima kasih kepada semua para penyumbang pakaian terpakai dan buku ilmiah yg dianjurkan AKRAB Majlis Daerah Sabak Bernam. 

Tempoh penerimaan barang-barang ini telah di tutup pada 18 September 2020 (Jumaat). Urus setia memohon maaf kerana tidak dapat menerima lagi sumbangan selepas tarikh berkenaan. 

InshaAllah memandangkan sumbangan yang diterima sangat menggalakkan, barang-barang yang telah diterima akan kami manfaatkan tindakan dengan sebaiknya. Sekali lagi terima kasih semua para penyumbang.

Diantara tindakan utama yang diambil adalah semua sumbangan akan diserahkan dalam program CSR di Perkampungan Orang Asli, Hulu Langat. Selain itu, jualan amal juga akan dibuat dan hasilnya akan digunakan dalam program berkaitan dan program kebajikan yang lain.

Urus setia program CSR AKRAB MDSB
(En. Firdaus, Pn. Shadatul, Pn. Lynn)
23.9.2020

Berdaya • Berbakti •  Berkualiti 
"Pelanggan Diutamakan, Perkhidmatan Ditingkatkan"

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi