PERMOHONAN PENGANJURAN EKSPO RAYA DAN BAZAR RAMADHAN MDSB 2016 SECARA PENSWASTAAN

BAZAR RAMADHAN & EKSPO RAYA MDSB

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mempelawa pihak yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi penganjur acara/program seperti berikut :

  1. Penganjuran Bazar Ramadhan MDSB 2016, kawasan :
    • Sekinchan
    • Sungai Besar
    • Sabak; dan
    • Parit Baru
  2. Penganjuran Ekspo Raya MDSB 2016 di Stadium Sg Besar.
    • Surat permohonan serta kertas kerja hendaklah diajukan ke Jabatan Perlesenan MDSB tidak lewat Jumaat 15 April 2016. Pemohon boleh mendapatkan garis panduan dan pensyaratan penganjuran dari Jabatan Perlesenan dan Laman web MDSB untuk rujukan. Permohonan hendaklah disertakan perkara berikut :
      • Sijil akaun pendaftaran syarikat Kementerian Kewangan Malaysia(KKM) dan perakuan pendaftaran SSM (mempunyai tajuk kerja bersesuaian dengan permohonan)
      • Penyata bank (akaun semasa)

Sila berhubung dengan Jabatan Perlesenan , MDSB melalui talian 03-32241655 sambunngan 143, 145 untuk sebarang pertanyaan.

Sila muat turun garis panduan di bawah untuk rujukan:

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi