Program Hari Mesra Pelanggan Kali ke-2 MDSB bagi Tahun 2015

Program Hari Mesra Pelanggan Kali Ke-2 Majlis Daerah Sabak Bernam bagi tahun 2015 akan diadakan pada ketentuan seperti berikut:-

Tarikh: 02 Oktober 2015 (Jumaat)
Masa: 8.45 Malam
Tempat: Dewan Tun Razak, Sabak Bernam

Objektif utama Program ini adalah bagi mendapatkan pandangan masyarakat setempat terhadap pelbagai isu berkaitan Perkhidmatan, Infrastruktur dan lain-lain untuk diambil perhatian oleh pihak MDSB. Turut diadakan adalah kaunter kutipan cukai taksiran dan sewaan serta Program terjah dan gempur aedes dan taklimat oleh wakil Unit Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam. Semua penduduk Daerah Sabak Bernam dijemput hadir bagi sama-sama menjayakan program ini sekaligus mendapatkan info berkaitan fungsi MDSB dan perkhidmatan yang disediakan.

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi