Saluran Aduan Integriti (Ad-Din)

OBJEKTIF DIWUJUDKAN ADUAN INTEGRITI INI:

  • Saluran ini diwujudkan sebagai pemudahcara kepada orang awam dan kakitangan MDSB unuk menyalurkan sebarang maklumat dan melaporkan aduan berkaitan sebarang salah laku dan pelanggaran integriti oleh penjawat MDSB.
  • Sebagai usaha berterusan untuk meningkatkan integriti dan memupuk nilai-nilai murni di kalangan warga MDSB serta mewujudkan tadbir urus yang telus.

SKOP KESALAHAN YANG BOLEH DILAPORKAN:

  • Salah guna kuasa dan penyelewengan;
  • Memberi / menerima / meminta / menawar rasuah;
  • Pelanggaran undang-undang dan peraturan penjawat awam;
  • Pengurusan kewangan yang tidak cekap yang menyebabkan pembaziran sumber kerajaan;
  • Tidak jujur / tidak amanah / tidak bertanggungjawab; dan
  • Pelanggaran tatakelakuan Kaedah-kaedah Pekerja ( Kelakuan dan Tatatertib) Majlis Daerah Sabak Bernam 1995 dan lain-lain peraturan yang ditetapkan.

TERDAPAT EMPAT (4) SALURAN AD-DIN:

  • Aduan melalui E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Talian Telefon: 03-32241000/1414/1655 sambungan 233
  • Hadir ke Pejabat Unit Integriti
  • Melalui surat
    • Alamatkan ke: Unit Integriti, Majlis Daerah Sabak Bernam, 45300 Sungai Besar,Selangor Darul Ehsan.

BERDAYA.BERBAKTI.BERKUALITI

Penafian : Majlis Daerah Sabak Bernam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Tebaik : Paparan Terbaik Menggunakan Versi Terkini Pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome Ke Atas Dengan Resolusi 1366 x 768

Portal Rasmi Majlis Daerah Sabak Bernam

MyGov Portal

privasi